Selain Muzium Wild Boars Apa Lagi Yang Ada Di Chiang Rai

Rasanya kisah pasukan pemain bola Thailand Wild Boars bersama jurulatih yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang, Chiang Rai memang menjadi perhatian masyarakat dunia dan operasi menyelamatkan kesemua ahli pasukan tersebut juga telah berjaya dengan bantuan lebih 1000 individu termasuk penyelam dan pakar gua dari dalam dan luar negara.

Macam macam versi kita dengar mengenai kisah bagaimana mereka terperangkap dan dikeluarkan. Dan disebabkan itu pihak kerajaan Thailand telah memberitahu bahawa kawasan tersebut akan dijadikan muzium yang mempamerkan bagaimana kisah di sebalik gerak kerja menyelamat mangsa dilakukan. Wah, dapatlah kita dengan lebih jelas faham mengenai kisah yang menjadi tumpuan dunia ini.

Jadi, sebelum kerajaan Thailand mengumumkan bila Muzium tersebut akan dibukakan kepada pelancong, bolehlah kita riki riki dulu apa lagi ada di Chiang Rai supaya percutian ke sana lebih seronok.

1. Segitiga Emas (Golden Triangle)

Segitiga Emas ini  adalah pertemuan antara tiga buah negara iaitu Laos, Myanmar dan Thailand. Permandangan berbukit-bukau dibahagikan dengan Sungai Ruak yang mengalir ke Sungai Mekong dan membentuk sempadan semula jadi antara ketiga negara Laos (di sebelah timur Mekong), Myanmar (di utara Ruak), dan Thailand (di sebelah barat Mae Khong). Jadi, jangan lupa untuk bawa passport anda sekali bila ke sini sebab anda juga boleh ke Laos tanpa memerlukan visa di sini.

2. Bandar Chiang Rai


Lupakan Bandar Bangkok yang sibuk itu kerana di Bandar Chiang Rai, anda boleh menikmati suasana bandar yang lebih tenang dan aman kerana suhu di sini lebih sejuk. Bandar Chiang Rai juga menawarkan kepelbagaian berkaitan dengan kehidupan malam, hiburan dan membeli-belah, dan kebanyakannya tertumpu di kawasan sekitar Menara Jam.

Tak sah rasanya bila ke Thailand tanpa dapat merasai keenakkan makanan tempatan mereka bukan? anda boleh menikmati pengalaman itu di Saturday Walking Street dan Festival Jazz apabila sampai di bandar Chiang Rai ini.