Jeju Antara Destinasi Selamat Buat Wanita Travel Secara Solo

Nak pergi bercuti tapi ramai kawan kawan sekadar sembang sahaja, akhirnya terpaksa pergi secara solo. Tetapi bukan mudah nak mendapatkan keberanian untuk bergerak secara solo ini, alangkah lelaki pun berfikir dua tiga kali apatah lagi untuk wanita bukan?

Untuk wanita wanita diluar sana, kalau anda masih rasa ragu ragu apa kata cuba ke Jeju, Korea Selatan sebagai percubaan pertama anda.

1. Kadar Jenayah adalah minimum

Faktor utama bagi traveler solo mestilah keselamatan bukan? Jangan risau kerana Jeju dikatakan salah satu negeri yang mempunyai kadar jenayah yang paling rendah di Korea Selatan dan kemungkinan anda berhadapan dengan jenayah adalah sangat tipis. Jadi, bolehlah anda enjoy bercuti tanpa merisaukan hal ini.

2. Makanan seafood yang sangat fresh

Bagi pelancong wanita Muslim, terdapat pelbagai restoran di Jeju yang menawarkan seafood yang sangat sedap dan fresh kerana ia berada di kawasan pulau. Walaupun Jeju masih kekurangan restoran yang mempunyai sijil Halal (kecuali restoran makanan India) tetapi terdapat restoran yang kini menawarkan ‘friendly muslim’ dimana tiada sebarang alkohol dan hidangan daging digunakan dalam penyediaan makanan mereka. Anda boleh view senarai restoran-restoran tersebut di sini. Jadi, tak perlulah lepas ini anda susah payah membawa bekal Nasi Brahim bergelen gelen dari Malaysia.

3. Pengangkutan awam yang semakin mudah

Selalunya bila bercerita mengenai Jeju, ramai mengatakan harus menyewa kereta untuk kesana. Tetapi ia agak tidak cost-efficient kalau bergerak secara solo, oleh itu pihak pelancongan Jeju sudah menambah baik sistem pengangkutan awam dan terdapat banyak bas-bas kini yang berhenti ke tempat pelancongan, jangan lupa untuk download Jeju Intercity Bus Route ini untuk panduan anda. Tak perlu risau siapa nak setkan GPS, siapa nak apply international license dan sebagainya. Hanya perlu pandai baca map sahaja. Selain itu, YEHA TOUR juga adalah salah satu alternatif yang terbaik jika anda tidak mahu sakit kepala ketika bercuti secara solo di sana.

4. Pemandangan yang sangat indah

Bila bercuti secara solo ni, rasanya lebih seronok jika pergi ke tempat tempat yang menawarkan pemandangan yang indah. Bolehlah nak layan perasaan sedikit. Jeju adalah sebuah pulau yang masih dibawah pantauan UNESCO dan pastilah pemandangan yang sangat cantik dapat dinikmati di sana. Selain itu, terdapat banyak juga lokasi lokasi indoor yang menarik untuk dilawati. Jadi, walaupun hujan ketika anda sedang becuti ia tetap tidak melumpuhkan semangat anda untuk terus berjalan pada hari tersebut. Senang kata, anda pasti tidak akan menyesal ke sana.

Jadi tunggu apa lagi? Kumpul duit, kumpul kekuatan dan teruskan misi travel solo anda. Bak kata pepatah matsaleh,There is always a first time, for everything‘.