
Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pelbagai inovasi makanan baharu yang sangat tidak masuk akal seperti aiskrim nasi lemak dan burger nasi lemak.
Terbaru, rakyat Malaysia berpeluang untuk merasa aiskrim yang berperisa asam laksa. Pelik bukan? Idea ini dicetuskan oleh pengasas syarikat ‘Pops and Pints’ iaitu Yapp Khin Enn bersama adik lelakinya, Yapp Shin Enn dan rakannya, Jude Limus yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu.
Mereka bukan sahaja melancarkan aiskrim berperisa asam laksa tetapi turut melancarkan beberapa perisa unik lain seperti perisa kimchi, daging salai serta wasabi yang dicampur buah avokado dan wasabi untuk menghasilkan satu rasa yang seimbang.
Para pelanggan boleh mendapatkannya di KK Joe Sun,Ampersand Specialty Coffee & Co workplace dan Crack Inc yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Para pelanggan juga boleh membeli aiskrim ini dengan menempah di sosial media.
Kebiasaannya harga aiskrim dalam lingkungan RM5 sehingga RM8 tetapi harga bagi aiskrim yang berperisa unik ini bermula daripada RM18 sehingga RM28. Walaupun harga ini jauh lebih mahal daripada yang biasa, ia sangat berbaloi untuk merasainya kerana tidak boleh didapati di kedai-kedai lain.
Jadi, kepada sesiapa yang sudah mencuba aiskrim ini bolehlah kongsikan bagaimana rasanya. Selamat mencuba!