
Seperti yang kita tahu, mi segera Maggi sangat popular bagi rakyat Malaysia sehinggakan rakyat Malaysia melabelkan semua mi segera sebagai Maggi walaupun jenama berbeza. Situasi ini sama juga dengan negara jiran kita iaitu Indonesia yang melabelkan Indomie sebagai jenama mi segera yang paling popular di sana.
Baru-baru ini Indomie banyak disebut-sebut bukan kerana syraikat tersebut melancarkan perisa baharu, tetapi ada seorang pemilik kedai K3 Mart, Richard Stanlay yang menyatakan idea untuk mencipta donut dan onigiri Indomie ini tercetus oleh isterinya terhadap Indomie. K3 Mart merupakan kedai runcit yang terletak di Medan, Indonesia.
Resepi ini dikejutkan tercetus daripada negara kanggaru atau dikenali sebagai Australia. Kedai donut di Sydney, Australia, Donut Papi melancarkan Donut Indomie dalam kolaborasi bersama Indomie Australia. Makanan ini lebih dikenali sebagai MAY-GORENG!
Donut Indomie dihasilkan dengan mi segera yang siap dimasak dicampur dengan telur,dan bahan-bahan sampingan seperti sosej dan keju. Seterusnya,ia dibentukkan menjadi bentuk donut dan disalut dengan serbuk roti seterusnya digoreng sehingga warna perang keemasan. Manakala bagi Onigiri Indomie pula, mi segera yang siap dimasak dan dicampur dengan bahan perencah disaluti dengan kepingan rumpai laut serta diselitkan dengan sebatang cili api untuk melahirkan rasa pedas pada onigiri tersebut.
Walaupun May-Goreng ini mendapat permintaan tinggi, K3 Mart hanya menghasilkan 100 unit sahaja dan ia terjual habis dalam tempoh masa yang pendek sahaja.
Rakyat Malaysia boleh bayangkan betapa mudahnya untuk menghasilkan suatu resepi baharu yang akan mendapat perhatian dan sambutan ramai serta dapat mengaut keuntungan sekiranya menjualnya. Kita tunggu sahaja mana tahu ada rakyat Malaysia yang mahu mencipta resepi baharu seperti Pizza Maggi atau Cucur Maggi. Hehehe.