Lupakan Dunia Realiti Sebentar Di The Rift

Kini anda boleh mengalami sendiri dunia VR bersama sama rakan rakan dan keluarga anda di The Rift, Mid Valley dengan lebih daripada 20 tarikan yang mempamerkan pelbagai teknologi VR berteknologi tinggi.

Tempat ini dipenuhi dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan. 90% adalah semua realiti maya menggunakan peranti oculus. Grafik yang digunakan adalah hebat dan ia kelihatan real.

Salah satu tarikan yang paling menarik ialah Zero Latency dimana anda bersama rakan rakan anda diupah untuk membunuh sekumpulan robot. Anda akan diberi mask VR, earphone dan microphone untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan dan diberikan pistol untuk misi anda. Ia umpama bermain laser tag di dalam dunia maya. Sangat best dan real.

Selain daripada itu, ada lebih kurang 20 permainan lain yang menarik seperti Motion Blaster, Hurricane, Holodek dan lain lain yang boleh dicuba. Anda juga boleh mencabar diri anda untuk terjun dari ketinggian bangunan tingat 3 di The Leap.

Bagi keluarga besar, selain The Rift yang dibuka kepada mereka yang berumur 7 tahun ke atas, The Rift Junior pula menyediakan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan bagi mereka yang berumur 3 tahun ke atas. Jadi bolehlah bawa segerombolan ahli keluarga anda ke sini.

Tetapi dengan kelengkapan VR yang sangat canggih ini, harga untuk masuk The Rift ini boleh tahan mahal jugalah. The Rift menawarkan beberapa pakej dengan harga yang bersesuaian. Bagi yang ingin mencuba jangan risau, untuk yang pertama kali, anda juga boleh mendapatkan harga pakej itu dengan lebih murah di Wonderfly.

Jadi, sudah bersedia untuk keluar dari dunia realiti? Enter The Rift