Tidur Dengan Lena Seperti Di Angkasa

Bagi pelancong backpackers, selalunya jenis penginapan yang dipilih ialah jenis hostel bukan? Di Malaysia, mungkin penginapan jenis ini tidak terlalu famous tetapi di luar negara ia memang menjadi pilihan utama mereka.

Di Singapura, anda boleh cuba tidur seperti di angkasa di Met A Space Pod. Hostel ini menggunakan konsep in space yang sangat menarik.

Space pods (nama bagi katil di sini) sangat selesa dilengkapi dengan lampu putih dan biru, aircond, skrin tv (anda diberi earphone untuk digunakan untuk keselesaan penghuni bersama), cermin muka, dan kemudahan plug untuk charge gajet gajet anda, dan ehem wifi juga ada disediakan jangan risau.

Dah nama pun hostel, jadi ruang melepak haruslah dikongsi bersama, terdapat lounge area dan pantry area disediakan untuk digunakan bila bila masa dan disamping itu bolehlah saling mengenali penghuni penghuni yang lain.

Kamar mandi di hostel ini juga adalah sangat bersih kerana menggunakan khidmat pencuci dengan kadar yang kerap. Kelengkapan mandian seperti shampoo, sabun dan juga towel juga disediakan. Ini sudah bagus, ringan sikit backpack anda nanti.

Terdapat dua lokasi hostel ini until dipilih iaitu di Boat Quay dan juga Chinatown. Bagi Met a Space Pod di Boat Quay, ia sangat strategik kerana terletak 5 minit berjalan kaki dari UOB Plaza di Stesen Raffles Place. Marina Bay Sands yang iconic itu terletak kira-kira 2km  dan boleh dilihat dari pintu hostel. Serius, lokasi nya sangat strategik dan dari stesen MRT Raffles Place, anda akan melalui pemandangan Boat Quay yang sangat cantik sebelum sampai ke hostel ini.

Bagi yang datang bersama pasangan anda pula, terdapat pilihan  Deluxe space pods yang sedikit besar untuk kegunaan anda. Bolehlah berangan bersama sama ke bulan di dalam pod anda nanti.