
Anda seorang yang gilakan pink? Teringin nak bersantai dengan unicorn seperti dalam cerita Barbie? La Fleur X Uniqorn ada semuanya! Café ini baru sahaja dibuka di Sunway GEO Avenue. Bertemakan warna pink pastel, pelangi dan unicorn, café ini telah menarik perhatian ramai. Bukan sahaja mereka yang nak bawa pasangan untuk berdating malah kanak – kanak juga tak kurang ramai nya.
Café ini menawarkan dua jenis konsep iaitu La Fleur (Bunga) dan Uniqorn. Konsep yang pertama, La Fleur berkaitan dengan tulip coffee art, di mana pelanggan diberi peluang untuk membuat coffee art itu sendiri! Order sahaja satu cawan kopi, pelayan yang berpakaian ala-ala anime di situ akan tunjuk demo sebelum anda mencuba coffee art itu sendiri. Menarik bukan?
Terdapat pelbagai jenis kopi yang anda boleh cuba – Matcha Latte, Classic Latte, Hot Chocolate, Mocha, Hazelnut Latte dan Caramel Latte (setiap kopi berharga RM9). Psst, perisa lain juga akan ditambah tak lama lagi!
Konsep yang kedua pula berkaitan dengan haiwan imaginasi kegemaran ramai iaitu unicorn. Konsep ini digunakan dalam pemilihan perisa waffle, pancake dan juga egglet (setiap dish berharga RM16). Pelanggan boleh pilih sendiri jenis aiskrim, syrup dan toppings bagi ketiga – tiga makanan di atas.
Selepas memilih sama ada anda nak makan waffle, pancake atau egglet, anda pilihlah perisa aiskrim yang anda suka – chocolate chip, strawberi, mangga, yam, tiramisu, “unicorn nipple” dan ada juga “unicorn sh#t”.
Selepas itu, pilihlah syrup kegemaran anda – honey, whipped cream, maple syrup, caramel syrup dan akhir sekali unlimited toppings buah – buahan termasuklah strawberi, blueberi, marshmallows, banana slices dan rainbow rice sprinkles.
Selain itu, apa yang menariknya di café ini ialah anda boleh berpakaian seperti unicorn dan mengambil gambar di dalam bekas yang dipenuhi dengan bola pink serta soft plush yang berbentuk unicorn.
Tak sabar nak bersantai dengan unicorn? Maklumat lanjut tertera di bawah:
Alamat: La Fleur X Uniqorn E1-01, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, Selangor
Status: Halal
Opening Hours:
12 pm – 12 am (Isnin – Khamis)
12 pm – 1 am (Jumaat – Ahad)
Hubungi: 011-1179 6750
Feature image credit: eatdrinkkl