Resepi Mudah Green Tea Frappuccino Ala Starbucks

Antara menu minuman yang istimewa di Starbucks adalah Green Tea Frappuccino. Rasanya teh hijau hijau yang manis diadun bersama krim putar pasti buatkan anda teringat-ingat akan rasanya.

Tapi anda sendiri pun tahukan berapakah harga untuk secawan Green Tea Frappuccino di Starbucks? Nak minum hari-hari bakal mengganggu gugat kadar kewangan seharian anda pula nanti.

Kali ini, MakanLena nak kongsikan anda resepi dan cara-cara untuk menghasilkan Green Tea Frappuccino ala-ala Starbucks. Jom ikut.

Bahan-bahan:

1 cawan susu bukan tenusu
1/8 sudu ekstrak vanila
1 sudu gula kelapa – untuk beri rasa manis
1 cawan ais
1 sudu serbuk matcha teh hijau
Untuk hiasan boleh gunakan krim putar

Cara penyediaan:

1. Masukkan susu bukan tenusu, ekstrak vanila, gula kelapa, matcha teh hijau dan ais ke dalam mesin pengisar.

green tea frappuccino
Kredit: kblog.lunchboxbunch.com

2. Kisar perlahan-lahan bermula dengan kelajuan sederhana. Jika sudah lancar boleh tambah kelajuan. Tambahkan ais jika mahukan lebih kelikatan. Tambahkan bahan-bahan di atas jika mahukan lebih cair.

green tea frappuccino
Kredit: kblog.lunchboxbunch.com

3. Tuang ke dalam cawan dan hiaskan dengan krim putar. Boleh taburkan serbuk matcha teh hijau untuk hiasan yang lebih menarik.

Untuk dapatkan bentuk krim putar yang lebih likat, sejukkan krim putar di dalam peti sejuk selama 5 hingga 10 minit sebelum dihias di dalam cawan.

green tea frappuccino
Kredit: kblog.lunchboxbunch.com

Hidangan ini sesuai untuk 2 orang minum. Nah, mudah bukan? Tak sampai 5 minit dah siap air Green Tea Frappuccino ala Starbucks!

Oh ya, kalau nak mudah, boleh juga tonton video di bawah.

Sumber: Lunch Box Bunch