
AirAsia pada hari ini telah melancarkan laluan barunya dari Kota Kinabalu ke Macau, China. Tujuan utama laluan baru ini dibuka adalah demi memperkukuhkan hab penerbangan AirAsia di Kota Kinabalu. Penerbangan ini dijangka akan dibuka selama empat kali seminggu bermula 2 November 2018.
Menurut Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee mengatakan bahawa Kota Kinabaly merupakan hab kedua terbesar AirAsia di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu adalah wajar bagi mereka memperkukuhkan kedudukan Kota Kinabalu sebagai laluan keluar masuk pelancong sama ada domestik mahupun antarabangsa.
Sebelum ini AirAsia telah membuka laluan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok. Menurutnya lagi, Sabah merupakan lokasi yang strategik kerana kedudukannya yang berada di bahagian utara pulau Bornea sekaligus mampu menghubungkan Asean, Asia Utara, Australia dan lain-lain lagi.
Mengikut data, pada tahun ini sahaja, sebanyak 6.7 juta tetamu telah mengunjung ke dan dari Sabah dengan jumlah penerbangan sebanyak 281 setiap minggu. Dengan nombor ini, lebih ramai pelancong akan berada di Sabah sekaligus meningkatkan pertumbuhan ekonomi rakyat tempatan. Tambahan pula, AirAsia sedang meneroka peluang untuk mempromosikan produk tempatan melalui platform dalam talian, OURSHOP.
Tambang pengenalan bagi penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Macau adalah daripada RM129*. Anda boleh membuat tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan dari 2 November 2018 hingga 29 Mac 2019. Ahli BigPay pula boleh menikmati penjimatan sehingga RM32* apabila mereka membuat pembayaran menggunakan kad BigPay.
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Selain Macao, AirAsia juga terbang ke 9 laluan antarabangsa terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, Singapura, Manila, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan dan Taipei; serta 8 laluan domestik ke Kuala Lumpur, Tawau, Sandakan, Miri, Kuching, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Macau yang juga dikenali sebagai ‘The Vegas of Asia’, terdapat pelbagai keunikannya yang tersendiri apabila bandar ini digabungkan antara budaya Portugis dan ciri-ciri tradisional Cina. Bangunan-bangunan yang unik serta bersejarah menjadikannya tersenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO.
Antara bangunan terindah yang terkenal di Macau adalah seperti Runtuhan St. Paul, mercu tanda Macao paling terkenal yang dibina pada abad ke-16 sebagai kolej dan katedral. Untuk melihat keindahan bangunan neoklasik Eropah dan butik-butik terkenal, boleh singgah di sepanjang Dataran Senado. Jika anda ingin melihat panorama menakjubkan dari puncak yang tinggi, lawatilah Menara Macao, sebuah monumen kebangsaan berketinggian 338 meter yang turut menawarkan aktiviti lasak seperti Tower Climb, Bungee Jump, Sky Jump atau Skywalk. Macao juga padat dengan pusat-pusat hiburan seperti Venetian Macao yang serba mewah dan Macao Fisherman’s Wharf, sebuah kompleks taman tema yang ideal untuk seisi keluarga.
Oh ya, jika anda nak tahu, Macau bakal menjadi lokasi termewah di dunia. Boleh baca lanjut di sini.
Apa lagi, cepatlah sambar tiket ke Macau sekarang!
Sumber: Newsroom AirAsia