Vienna Bandar Paling Sesuai Didiami Di Dunia

Untuk pertama kalinya, bandar Vienna, Austria mengungguli tempat pertama bandar paling sesuai didiami di dunia sekaligus menewaskan pencabar terdekat yang telah merangkul gelaran ini sebanyak tujuh tahun berturut-turut iaitu Melbourne, Australia. Indeks Sesuai Didiami Global ini dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU).

vienna
Kredit: Pixabay

Kajian ini telah dijalankan terhadap 140 buah bandar seluruh dunia. Antara punca lonjakan indeks ini terhadap bandar Vienna ialah kerana turunnya kes ancaman militan di Eropah barat dan kadar jenayah yang rendah di bandar ini.

Bandar raya Osaka, Calgary, dan Sydney turut menduduki lima tempat teratas, manakala London, berada di tangga ke-48 senarai kajian yang dijalankan ke atas bandar berukuran sederhana yang mempunyai kepadatan populasi yang rendah. Tidak sangka London tidak mencapai indeks yang memuaskan

Sementara itu, Damsyik terus kekal di tangga terakhir, diikuti Dhaka, Bangladesh dan Lagos, Nigeria.

Kajian ini tidak membabitkan ibu negara yang dianggap bandar paling bahaya di dunia, seperti Baghdad, Iraq dan Kabul, Afghanistan

Sumber: Astro Awani