Cadbury Dairy Milk Perisa Kopi C, Rasa Lokal Pertama Malaysia

Kepada peminat coklat Cadbury pasti sukakan berita ini. Mondelez Internation sebagai Pengusaha Cadbury Dairy Milk telah melancarkan menu terbaru edisi terhad coklat ini iaitu coklat berperisa Kopi C khas untuk pasaran Malaysia.

https://www.facebook.com/CadburyMalaysia/videos/1874698742573722/

Tambahan, perasa coklat tenusu Kopi C ini merupakan yang pertamanya dikeluarkan untuk pasaran Malaysia demi memartabatkan minatnya rakyat Malaysia terhadap kedai kopi tradisional atau lebih dekat bahasanya kita panggil sebagai kopitiam.

Perisa coklat ini merupakan gabungan coklat susu lembut dan juga rasa pekat kopi c. Jika anda belum pernah menikmati kopi c, ianya hanyalah kopi biasa yang dicampurkan dengan susu sejat dan sedikit gula.

Bukan itu sahaja, malahan untuk edisi perisa kali ini, ia didatangkan khas dengan karya lukisan tangan milik kartunis tanah air negara, Datuk Lat.

Datuk Lat yang terkenal dengan lukisan rakyat Malaysia bertemakan kampung, turut memaparkan watak ikonik Kampung Boy serta suasana kampung ke atas pek Cadbury Kopi C. Antaranya ialah lukisan mengenai kenduri, keadaan di kopitiam dan juga kedai runcit. Semuanya menampakkan nilai-nilai Malaysia di dalam lukisannya.

cadbury dairy milk kopi c

Perisa Cadbury Dairy Milk Kopi C telah berada di pasaran bermula sekarang sehingga 30 September nanti di seluruh pasaraya besar di Malaysia. Harga yang dijual ialah pada kadar RM8.50 untuk 165 gram coklat bar dan RM37 untuk kotak hadiah edisi terhad yang diilustrasikan oleh Datuk Lat dan hanya dijual di Shopee.

Jom cuba!

Sumber: Malay Mail, Cadbury Malaysia