
Antara bahan penting dalam masakan setiap daripada kita tentulah bawang putih. Boleh dikatakan kalau tak guna bawang putih dalam masakan, macam ada yang tak kena dengan masakan kita itu. Lagi-lagi kalau kita masak murtabak, nak cicah dengan kuah sirap bawang, dressing wajib ada tu.
Cumanya, proses untuk mengupas bawang putih dalam kuantiti yang banyak memang memakan masa betul. Kalau boleh nak masukkan terus sebiji atau berulas-ulas bawang putih itu ke dalam periuk, tapi nanti masakan jadi kurang bersih pula.
Tapi anda jangan risau. Cuba bayangkan kalau MakanLena katakan ada cara dan teknik untuk mengupas 20 ulas bawang putih hanya dalam masa 20 saat. Menarik kan? Purata seulas dapat dibersihkan dalam masa 1 saat sahaja!
Mari tonton video di bawah untuk cara kupas bawang putih yang awesome ini. Jom!
Kongsikan tips ini kepada rakan anda juga ya! Nanti bolehlah lumba kupas bawang putih.