
Setiap tahun, pelbagai kedai akan berlumba lumba memberikan promosi sempena Hari Kemerdekaan kita. Tahun ini juga tiada bezanya, semangat Kemerdekaan semakin utuh lagi lagi dengan semangat Malaysia Baru katanya.
Tahun ini merupakan tahun kemerdekaan Malaysia buat kali ke-61, dan pastinya promosi yang ditawarkan berkait rapat dengan angka 61 dan juga 31 iaitu tarikh Kemerdekaan kita. Kali ini, MakanLena senaraikan promosi yang ditawarkan oleh kedai kedai dessert untuk anda. Jadi, jangan lepaskan peluang anda menikmati promosi yang ditawarkan oleh kedai kedai tersebut ya.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
1. Secret Recipe
Secret Recipe menawarkan diskaun 61% ke atas pembelian slice kek yang ke-2. Wahh, lebih dari separuh harga tu. Dan tawaran ini hanya berlangsung pada 31 Ogos 2018, pukul 12 tengah hari hingga 5 petang sahaja. Jangan lupa set jam anda dan serbu semua outlet Secret Recipe di Malaysia.
Sumber: Secret Recipe
2. Baskin-Robbins
Baskin-Robbins pula menawarkan pelbagi jenis promosi seperti Merdeka Single (one scoop ice cream) dengan harga RM12.50, Merdeka Double (two scoops ice cream) dengan harga RM16.00 dan juga diskaun 31% untuk handpacked ice cream. Ahh sedapnya makan ais krim di kala musim panas ni.
Sumber: Facebook Baskin Robbins
3. Street Churros
Mahukan snek yang lebih savoury? Anda boleh memilih perisa yang sedap iaitu Keju atau Tomato di Street Churros dan nikmati diskaun sebanyak 31% sempena bulan Kemerdekaan ini sementara stok masih ada. Ia sangat sedap untuk dimakan sebagai snek ringan.
Sumber: Facebook Street Churros Malaysia
4. Tsujiri Soft Serves
Ais krim jenis Soft serves ini amatlah disukai ramai kerana ia lebih lembut dari kebiasaan ais krim. Tsujiri menawarkan best seller soft serves ais krim mereka iaitu perisa O-Matcha dan Houjicha dengan harga RM6.10 bermula dari 27hb Ogos 2018 ini sehingga 31 Ogos 2018 sahaja.
Sumber: Facebook TSUJIRI Malaysia