Crazy Rich Asians: Tempat Menarik Untuk Anda Lawati

*mengandungi spoiler bagi yang belum menonton*

Bagi yang sudah menonton filem ‘Crazy Rich Asians’ yang kini rancak bermain di pawagam, anda pasti sedikit sebanyak cemburu dengan kehidupan mewah yang dijalani oleh Nick (Henry Golding) dan Rachel (Constance Wu), bukan? Anda tidak perlu merasa cemburu sebenarnya kerana kini anda juga boleh melawati tempat tempat tersebut.

Walaupun filem tersebut berlatarbelakangkan kehidupan keluarga Nick di Singapura, sebenarnya beberapa tempat pengambaran dijalankan di Malaysia. Ya, Malaysia tanah tumpahnya darahku. Jangan ingat negara kita tak ada tempat tempat mewah sebegitu.

1. Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur

Sumber: www.stories.my

Scene di mana Rachel dihantar oleh rakan baiknya ke rumah keluarga Nick untuk bertemu buat pertama kali sebenarnya dijalankan di Malaysia. Ramai penonton di pawagam terlopong melihat kawasan kediaman Nick yang sangat mewah itu dan ia sebenarnya terletak di Carcosa Seri Negara, KL dimana ia merupakan sebuah hotel 5 bintang dan anda juga turut boleh menikmati hidangan hi-tea mewah bersama rakan rakan anda jika anda tidak bercadang untuk menginap di sini.

2. Cheong Fatt Sze Mansion, Pulau Pinang

Apabila Rachel sudah tekad untuk meninggalkan Nick dan mengajak Elanour untuk bermain Mahjung, mereka sebenarnya bermain di sebuah tempat bersejarah dan tarikan pelancong di Georgetown. Anda  boleh menempah bilik disini kerana ia merupakan sebuah hotel butik yang mempunyai seni bina yang sangat ikonik dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Namun, jangan harapkan wujudnya Mahjung Hall seperti yang digambarkan di dalam filem ya bila anda tiba di sini.

3. Four Seasons Resort Hotel, Langkawi

Semasa pesta bachelorette Araminta Lee berlangsung, ia dijalankan di Four Seasons Resort Langkawi. Setiap vila di sini mempunyai bilik spa sendiri dan kolam renang peribadi, sama seperi yang digambarkan di dalam filem tersebut. Dan pastinya pemandangan pantai yang indah dapat dinikmati bila anda check in di hotel ini. Bestnyaaaa.

4. “Pulau Rawa”, Langkawi

Dan akhir sekali, scene dimana Colin dan Nick membawa diri berehat dari parti Bachelor liar di atas kontena. Mereka dikatakan pergi ke Pulau Rawa, tetapi tahukah anda sebenarnya adegan itu juga hanya dijalankan di Langkawi. Berikut merupakan kata kata dari Production Designer filem ini sendiri;

Due to logistics and time constraints, we even had to make Langkawi look like it was 2 different places for the bachelor and bachelorette party scenes. We took a boat around some bends in Langkawi where all of these rocks just jut out of the water. We only took a small crew, like 10 of us, to shoot the scene on the raft. – Nelson Coates.

Sumber: Warner Bros

Jadi, sama ada anda ingin benar benar ke Pulau Rawa, Johor  yang mana juga merupakan tempat percutian mewah yang sangat menarik, atau anda boleh sahaja ke Langkawi untuk mendapatkan feel seperti pelakon pelakon Crazy Rich Asians ini.