Penginapan Di Hotel Pelik Yang Dikendalikan 100% Robot

Bila kita bercerita mengenai Jepun ni, memang diakui pelbagai benda benda pelik yang dilakukan oleh mereka seperti rancangan Istana Takeshi yang sangat popular suatu ketika dahulu, ataupun inovasi barangan mereka yang sangat menarik tetapi pelik. Kali ini, mereka kembali dengan kepelikan mereka apabila mereka telah membina hotel yang dikendalikan 100% oleh robot.

Hotel yang diberi nama ‘Hen Na Hotel’ ini mempunyai maksud perkataan Jepun ‘Henn’ iaitu memberi makna ‘to change‘, dimana ia merupakan simbol komitmen mereka dalam usaha untuk evolusi sesuatu yang luar biasa. Hen Na Hotel ini merupakan hotel pertama di dunia yang dikendalikan oleh robot dan mereka bercadang untuk menambah lagi cawangan hotel ini ke seluruh dunia. Ketika artikel ini ditulis, Hen Na Hotel telah mempunyai dua cawangan iaitu di Taman Tema Huis Ten Bosch dan juga berdekatan di Tokyo Disney Resort.

Di front desk, anda akan disambut oleh robot manusia dan juga robot dinasour yang mampu berucap dalam pelbagai bahasa yang akan membantu anda mendaftar masuk. Selepas itu robot porter akan membawa anda ke kamar anda bersama sama dengan bagasi anda.

Selain itu, hotel ini juga mengamalkan sistem keyless dimana anda perlu mendaftarkan wajah anda dengan sistem pengenalan wajah, sistem ini digunakan supaya anda akan bebas dari masalah membawa kunci bilik atau bimbang tentang kehilangannya.

Di dalam kamar anda pula, akan diletakkan robot AI berbentuk telur atau Baby Pink Tulip. Robot yang diaktifkan suara ini berfungsi sebagai concierge dan akan menjawab pada arahan. Disebabkan masih terdapat kekurangan skill kepada ‘staff’ mereka, Hen-Na Hotel tidak menyediakan cafe untuk kemudahan makan pagi penginap di sana sebaliknya Hotel ini menyediakan vending machine yang mempunyai processed food dan voucher makan di restoran berdekatan sebagai alternatif.

Namun begitu, pengunjung Hotel ini juga tidak perlu merasa risau dari segi keselamatan kerana Hen Na Hotel tetap meletakkan 7 orang manusia sebenar yang bertugas sebagai sekuriti di bahagian bilik cctv untuk menjaga keselamatan penghuni yang menetap di Hen Na Hotel dan juga untuk mengatasi sebarang masalah kecemasan.

Dah rasa teruja dengan semua ini? Mari kita usha harga pula.  Harga yang dikenakan untuk bilik di Hen-Na Hotel ini bermula dari 15,000 Yen hingga 25,000 Yen. Harga ini adalah sangat berpatutan memandangkan ia terletak berdekatan dengan taman tema. Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk menginap di hotel yang unik dan pelik ini apabila anda pergi ke Tokyo.

Layari laman web Hen Na Hotel untuk tempahan: Hen Na Hotel