
Nampaknya kedai serbaneka Family Mart sudah ada pesaing baru iaitu Hungry People Fresh Food Mart. Jika Family Mart terkenal dengan oden nya yang sedap, kedai ini pula terkenal dengan aneka aiskrim perisa coklat yang dikenali ramai. Aiskrim – aiskrim coklat ini termasuklah aiskrim Daim, Kinder Bueno dan Toblerone! Selalunya, coklat – coklat mahal ini ada di pasaran dalam bentuk bar coklat sahaja, sekarang anda boleh nikmatinya dalam bentuk aiskrim. Sudah tentu lagi menyelerakan!
Aiskrim kon atau lebih dikenali sebagai soft serve juga tak dilupakan. Japanese Yuzu (RM4), strawberi (RM3), mango, charcoal atau yang menjadi signature kedai mereka iaitu perisa gabungan mango dan charcoal.
Bagi mereka yang gilakan oden, Hungry People Fresh Food juga ada odennya yang tersendiri. Harga bermula daripada RM3, anda boleh pilih makanan ala steamboat yang menjadi kegemaran anda.
Tambahan lagi, segala jenis ramen pedas yang popular dari Korea itu juga dijual di kedai serbaneka ini. Segala snek dan minuman yang dijual kebanyakannya diimport daripada pelbagai negara seperti Korea, Jepun dan lain – lain.
Selain itu, apa yang membuatkan kedai ini lebih advanced daripada Family Mart ialah mereka menjual kopi seperti Iced Americano, Iced Latte, Iced Cappucino dan macam – macam lagi. Harga bagi kopi pula dalam lingkungan harga RM4.90 hingga RM12.90.
Buah – buahan dan salad segar juga menjadi pilihan orang ramai yang mengunjungi kedai ini. Buah seperti ceri segar diimport dari Washington. Jauh tu! Sudah tentu semua effort ini digunakan untuk memuaskan hati pelanggan – pelanggannya.
Setakat ini, kedai ini sudah ada dua cawangan. Satu di Damansara Utama dan satu lagi di Bandar Sunway. Apa tunggu lagi? Kalau dah terliur tengok aiskrim yang meleleh – leleh tu, jom lah serbu Hungry People Fresh Food Mart ini!
Hungry People Fresh Food Mart Uptown: No 14G, Jalan SS21/39, Damansara Utama, 47400 Ptaling Jaya, Selangor. Opening hours: 11.30am – 3 am
Hungry People Fresh Food Mart Sunway: No 16G, Jalan PJS 11/28, Bandar Sunway, Sunway Metro, 46150 Petaling Jaya, Selangor. Opening hours: 7am – 1 am
Featured image credit: 食北好吃 BeryDelicious, Rojaklah.com, Viralcham.com, Facebook Hungry People Fresh Food Mart