
Pengeluar kondom terbesar dunia, Karex Bhd telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu kondom berperisa teh tarik di International Rubber Glove Conference and Exhibition (IRGCE 2018) pada 4 September 2018.
Walaupun masih belum dikeluarkan kepada umum, namun sampel yang dipaparkan ketika pameran tersebut telah menarik ramai pengunjung untuk melihat dan mengambilnya.
Karex terkenal dengan keunikannya menghasilkan produk kondom kebelakangan ini. Antara yang popular ialah kondom ‘glow-in-dark’.
Sumber: New Straits Times