
Pizza Hut telah semarakkan rasa cinta pada Malaysia dengan melancarkan parti ‘Pan-triotic’ yang dianjurkan pada 2 September di pusat beli-belah Sunway Velocity. Bersama memeriahkan parti tersebut adalah dengan kehadiran kumpulan band tempatan yang telah meraih pelbagai anugerah, Bunkface.
Bunkface telah menghadiahkan hadirin dengan lagu terbaru mereka, “Kita Punya Malaysia” yang direka khas sebagai lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini. Bunkface juga telah menyanyikannya pada sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 31 Ogos, Jumaat yang lepas.
Bagi mereka yang tidak berpeluang menyertai parti piza semalam, usah khuatir, Pizza Hut telah merancang bulan yang menarik bagi anda. Bermula 7 September dan akan berlangsung selama sebulan, Pizza Hut akan memberikan piza percuma* kepada setiap pelanggan yang makan di restoran atau melalui servis penghantaran. Sejajar dengan sambutan yang diadakan, Pizza Hut ingin membawakan keriangan menerusi piza yang enak sepanjang bulan patriotik ini.
Tidak lupa kepada peminat Bunkface (atau Bunkers) Pizza Hut akan membawakan band kegemaran anda buat kali kedua bagi satu lagi sesi penuh semangat pada bulan Oktober, kali ini dengan sesi istimewa bertemu peminat buat 30 peminat bertuah dan rakan mereka! Tunggu apa lagi, ekspresikan semangat patriotisme anda dengan menangkap gambar atau berswafoto dengan Piza Pan, hiaskan dengan perekat, contengan atau filter dan sertakan hashtag #PizzaHutPANtriotic.
Bagi maklumat lanjut mengenai piza terbaru serta promosi piza* kami, sila layari https://www.pizzahut.com.my/en/newpanpizza.
Untuk mengetahui mengenai peluang bertemu Bunkface pada bulan Oktober, ikuti laman Facebook Pizza Hut Malaysia: https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia.
*Promosi Beli 1, percuma 1 promo bermula 7 September sehingga 7 Oktober