Bapa Kesal Netizen Persendakan Nama Anak Mirip Buah

Asbab tularnya di media sosial berkenaan nama dua orang anaknya yang seakan-akan nama buahan tempatan, telah mengakibatkan bapa mereka Abi Amin Mahayadin, 40 kesal dengan sikap netizen.

Nama anaknya yang diberi keluarga iaitu Muhammad Dhury Yan, 6 dan Nur Rambutt’an, 1 memang seakan mirip buahan tempatan.

Abi amat kesal apabila dokumen peribadi anaknya ditularkan di media sosial. Tambahan itu, beliau menerima kecaman dari perlbagai pihak.

Diberitakan nama anaknya diberi oleh orang lama yang berpangkat atuk yang mempunyai pertalian darah dengan keluarganya. Mereka menghormati keputusan pemilihan nama orang tua mereka.

Sumber: ProjekMM