
Biasa buat pesanan secara atas talian untuk ayam goreng kegemaran ramai, KFC? Kini, syarikat yang dipunyai oleh JCorp ini telah membuat penambah baikan demi memudahkan pelanggan membuat pesanan di atas talian menggunakan servis Facebook Messenger.
https://www.facebook.com/KFCMalaysia/videos/269421403679634/
Nampak menarik dan lebih mudah bukan? Maka MakanLena telah cuba buat pesanan menggunakan servis ini.
Anda layari Facebook Page KFC Malaysia terlebih dahulu. Tekan ‘Send Message’.
Anda akan dibawa ke halaman chatbot KFC. Tekan ‘Get Started’.
Jika anda ingin terus membuat pesanan, tekan ‘Order Now’. Anda dikehendaki untuk berdaftar bersama KFC dahulu sebelum meneruskan pesanan.
Waktu penghantaran adalah sekitar 10 pagi hingga 10.30 malam untuk kawasan yang dicapai oleh KFC. Pesanan minimum adalah RM15 dan harga kesemua produk adalah sebelum SST.
Selepas anda selesai mendaftar, baru boleh mula membuat pesanan.
Seteleh anda selesai membuat pesanan, bot KFC akan membuat kiraan secara automatik jumlah pesanan anda. Bijak bukan? Seterusnya anda akan dibawa ke ringkasan pesanan untuk anda sahkan.
Selepas itu anda akan diberi pilihan sama ada ingin membuat bayaran secara tunai ataupun menggunakan kad debit atau kad kredit.
Anda telah selesai membuat pesanan! Kini, hanya perlu tunggu pesanan anda sampai di hadapan pintu rumah dalam tempoh 30 minit.
Oh ya, apabila pesanan sampai, bot KFC akan membuat follow up tentang ketibaan pesanan anda. First class customer service!
Apa lagi? Cubalah menempah pesanan anda sekarang!