
Sebuah restoran terkemuka di timur China telah diarah tutup oleh penguatkuasa tempatan dan seorang wanita mengandung telah melalui pemeriksaan kesihatan apabula menemui seekor bangkai tikus di dalam hidangan keluarganya.
This pregnant woman in #China found a dead rat in her hotpot soup pic.twitter.com/n6Z8hmgebL
— SCMP News (@SCMPNews) September 10, 2018
Pihak berkuasa di Weifang, daerah Shandong telah menggantung cawangan restoran popular Xiabu Xiabu di sini kerana melanggar penjagaan makanan di premis mereka.
Suami wanita berkenaan yang bernama Ma berkata, beliau dan keluarga menikmati hidangan di restoran tersebut dan tidak beberapa lama kemudian, mereka menemui bangkai tikus di dalam sup.
Ma juga menegaskan bahawa pekerja restoran tersebut telah menawarkan 20,000 Yuan (US$3,000) kepada Ma untuk menggugurkan kandungan anak mereka sekiranya risau akan kesihatan anak tersebut.
Selain itu, Ma juga menyatakan bahawa pihak restoran menawarkan pampasan sebanyak 5,000 Yuan sebagai jumlah keseluruhan selepas isterinya melakukan pemeriksaan di hospital.
Biro Pemeriksaan Pasaran di daerah Kuiwen, Weifang melaporkan menerima aduan daripada akaun WeChat rasmi mereka mengenai kes ini.
Pemeriksaan lekas dilaksanakan terhadap restoran terbabit namun tidak menemukan sebarang jejak daripada tikus terbabit. Namun, pegawai berwajib menyatakan bahawa terdapat air bertakung di bahagian penyediaan makanan dan sayuran diterima daripada pihak pembekal yang tidak mempunyai kelayakan.
Biro terbabit telah menutup restoran tersebut bagi meneruskan siasatan.
Menurut kenyataan rasmi daripada pihak Xiabu Xiabu, mereka sentiasa menjaga keselamatan makanan yang disediakan kepada pelanggan dan akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya.
Xiabu Xiabu yang dibuka pada tahun 1998 telah disenarai awam di pasaran Hong Kong pada tahun 2014. Cawangannya kini adalah sebanyak 759 buah di seluruh China dan kebanyakkannya berada di Beijing, Shanghai, Tianjin dan beberapa daerah lain.
Sumber: South China Morning Post