
Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng membidas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mempertikaikan pelaksaan Cukai Servis dan Jualan (SST).
Lim menyatakan bahawa di era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dahulu yang melaksanakan Cukai Barangan dan Servis (GST), Najib tidak pernah mendengar keluhan daripada rakyat yang terpaksa membayar cukai untuk setiap produk. Namun, ketika pelaksaan SST dijalankan, Ahli Parlimen Pekan tersebut mula membuat rungutan.
Terdahulu, pada 9 September lepas, Najib menyatakan rungutan di akaun Twitternya selepas dikenakan caj SST berjumlah RM3.80 selepas membuat belian kuih pau dan memuatnaik resit tersebut di akaun Twitter miliknya.
Berhenti di kedai Pau Yik Mun Tg Malim untuk membeli Pau . Jelas SST dikenakan walaupun kedai ini sederhana kecil ! Kedai Pau pun kena SST 👎 pic.twitter.com/68s5UT14TB
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 9, 2018
Lim yang merupakan Ahli Parlimen Bagan menyatakan bahawa pelaksaan SST adalah sangat berbeza dengan GST dimana hanya 1 daripada 3 barangan sahaja yang dahulunya dikenakan GST tertakluk di bawah SST.
Tambahan beliau, SST dikenakan kepada pengusaha premis makanan yang jualan tahunannya bernilai sebanyak RM1.5 juta dan pengecualian SST dikenakan kepada pengusaha yang menyewa gerai-gerai kecil termasuklah jualan terhadap rokok dan makan serta minuman yang dijualnya.
Sumber: The Star Online