Penangan Najib, House Of Patin Lipis Menjadi Bualan Netizen

Dengan hanya 2 tweet oleh DS Najib Razak semalam, Restoran House of Patin Lipis Di KL mendapat perhatian luar biasa netizen.

House of Patin di KL ini sebenarnya bukanlah sebuah restoran yang baru. Selama ini mereka beroperasi di Menara Arina Uniti, Kampung Baru dengan nama Restoran Lipis di KL. Cuma bermula 31 Ogos lepas mereka berpindah ke lokasi yang lebih besar dan selesa di Jalan yap Kwan Seng. Bahkan Restoran di lokasi ini baru saja dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah, pada 10 September lepas, sehari sebelum kunjungan DS Najib.

Jadi apa yang menarik sangat di sini? Nah kami kongsikan gambar hidangannya.

Dari pencarian kami di media sosial, hasilnya juga amat memberansangkan. Reviu pelanggan di Facebook memberi 4.8 bintang, kepuasan lebih 400 pelanggan di FoodPanda pula memberi penarafan 4.6 bintang manakala Tripadvisor memberi 5 bintang!

Majoriti mereka memberi komen dan reviu yang sangat positif.

Namun maklum balas pelanggan ini tidaklah terbanding dengan kesan tweet ringkas DS Najib Razak. Bahkan ramai netizen nakal dengan sinis mengesyorkan DS Najib untuk terus membuat reviu makan dek kerana tidak lagi memegang sebarang jawatan penting masa ini. Haih kau orang ni!

Jadi, marilah kita sama-sama mencuba hidangan di House of Patin di KL ini tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Boleh?