
DACSEE merupakan platform perkongsian pengangkutan tidak berpusat kendalian komuniti pertama di dunia. Ia merupakan sebuah aplikasi mudah alih dengan 3,000 pemandu yang telah disaring kelayakan mereka. Selain menawarkan perkhidmatan pengangkutan biasa, DACSEE berusaha menambah daya tarikan platform perkongsian pengangkutan dengan menyediakan lebih banyak pilihan tambang, saiz kenderaan dan keselesaan untuk membolehkan pengguna mewujudkan kumpulan komuniti mereka sendiri. Buat masa ini, DACSEE telah mewujudkan empat kumpulan rasmi dengan pemandu yang telah disaring kelayakan mereka iaitu Compact, Comfort, Exec dan Xtra.
Memanfaatkan ekonomi perkongsian yang mendapat sambutan meluas di Malaysia, DACSEE diwujudkan untuk menggalakkan orang ramai bekerja sendiri, menjadi usahawan dan menyokong wawasan kerajaan kearah mewujudkan sebuah ekonomi perkongsian. Aplikasi DACSEE yang kini boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App Store, menyediakan platform kepada penumpang dan pemandu untuk saling memanfaatkan satu sama lain dengan membina sebuah ekosistem yang lebih baik.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DACSEE, Lim Chiew Shan berkata, perbandingan DACSEE dan perkhidmatan panggilan pengangkutan lain yang ada di pasaran adalah model perniagaan DACSEE memberi fokus terhadap usaha membina komuniti. Ia mahu menghubungkan individu yang berkongsi minat yang sama untuk bertukar-tukar idea dan peluang, lantas meningkatkan kualiti jaringan dan kehidupan peribadi dan profesional mereka.
Mengulas mengenai beberapa cabaran yang dihadapi dalam industri perkongsian pengangkutan pada hari ini, seperti tingkah laku pemandu dan isu keselamatan, DACSEE telah mereka cipta ciri-ciri unik dalam aplikasinya bagi membolehkan pemandu memilih daripada komuniti yang diinigini. Hasilnya, penumpang wanita boleh memilih pemandu wanita mengikut kehendak mereka, dan inilah yang ditawarkan oleh DACSEE. Pemandu akan disaring terlebih dahulu manakala setiap komuniti mempunyai ketua yang akan memilih ahli berasaskan kesesuaian dan rekod pencapaian mereka. Dari segi keselamatan, ciri ‘Trip Companion’ (Teman Perjalanan) DACSEE membolehkan pengguna DACSEE yang berada berhampiran sesuatu laluan dihubungkan kepada penumpang dan mengetahui maklumat perjalanan mereka. Talian ‘Bantuan Kecemasan’ juga membolehkan penumpang membuat panggilan telefon jika mereka menghadapi sebarang masalah dalam perjalanan mereka.
‘Circle of Friends’ (Lingkungan Sahabat) merupakan aplikasi unik DACSEE yang tiada pada mana-mana platform panggilan pengangkutan lain. Ciri unik ini membolehkan penumpang memilih pemandu yang diingini, dan seterusnya mengesyorkan pemandu tertentu kepada rakan dan keluarga dengan menghantar butiran pemandu, supaya mereka boleh memasukkan pemandu tersebut dalam lingkungan sahabat mereka.
DACSEE mengambil pendekatan jangka panjang dalam soal keselamatan kerana mereka percaya unsur ini perlu terus ditambah baik dari semasa ke semasa agar pengguna dapat mencipta kumpulan atau menyertai kumpulan lain berasaskan pilihan dan minat masing-masing. Platform perkongsian pengangkutan DACSEE adalah unik kerana anda diperkasakan untuk membina komuniti anda dan memilih kumpulan pemandu pilihan anda sendiri.
Bagi pihak pemandu pula, mereka boleh memastikan pendapatan yang mampan dengan membina kumpulan pelanggan mereka sendiri dan membina komuniti penumpang dan pemandu menerusi sistem rujukan DACSEE. Apabila pemandu mengesahkan dan mengambil pemandu baharu dalam kumpulan, mereka akan diberi komisen tetap untuk rangkaian rujukan mereka, yang membolehkan mereka mendapat peratusan tertentu untuk semua tambang yang dikenakan oleh pemandu tersebut. Di samping itu, untuk setiap komisen 20 peratus yang dipotong oleh DACSEE daripada tambang perjalanan, 80 peratus daripada komisen akan dikembalikan kepada komuniti dalam bentuk token atau mata yang boleh digunakan untuk menebus produk dan perkhidmatan pihak ketiga lain. DACSEE juga membenarkan komuniti mewarisi rangkaian mereka daripada saudara-mara supaya komuniti terus berkembang dan mendapat manfaat.
Konsep ekonomi perkongsian DACSEE menjangkaui model biasa yang menyediakan khidmat perkongsian capaian kepada barangan dan perkhidmatan yang diselaraskan komuniti. Menerusi platform perkongsian perjalanan DACSEE, ia memperkasa pengguna untuk mencipta kumpulan dan saluran pendapatan sendiri, di samping menyertai perkongsian ganjaran dan untung yang dijana oleh platform ini. Kecanggihan platform DACSEE mampu memberi perubahan dalam industri panggilan perjalanan dengan mengembalikan kawalan kepada pemandu dan penumpang.
Bagi meningkatkan lagi nilai perkhidmatan perkongsian pengangkutan, DACSEE turut memperkenalkan satu ciri yang dikenali sebagai ‘Joy Locations’ (Lokasi Gembira). Ciri ini mengesyorkan kepada penumpang mengenai ganjaran dan promosi melibatkan jenama-jenama popular yang disokong oleh DACSEE. Penumpang juga kini boleh membuat tempahan perjalanan dengan cadangan ‘Joy Locations’ yang ada di sekitar destinasi yang dituju dan membolehkan penumpang mendapat lebih nilai menerusi perjalanan mereka bersama DACSEE. Kini terdapat 1,000 ‘Joy Locations’ dimana penumpang boleh mendapat rebat tunai dengan setiap lawatan dan pembelian di lokasi-lokasi ini. ‘Joy Locations’ melibatkan restoran-restoran terkemuka, pusat membeli-belah dan pelbagai lokasi yang menjual barangan runcit.
Berikutan pelancaran rasmi aplikasi mudah alih dan perkhidmatan DACSEE di Malaysia, DACSEE seterusnya akan turut diperkenalkan di pasaran-pasaran lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Sehingga kini, DACSEE telahpun bertapak di Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Untuk maklumat lanjut mengenai DACSEE, sila layari laman web, Facebook dan Instagram mereka.