
Ramai pasti kenal dengan salah seorang influencer media sosial terkenal dunia, Nuseir Yassin, atau lebih dikenali dengan nama Nas dalam video popular 1 minit beliau Nas Daily. Baru-baru ini beliau baru sahaja menjejakkan kaki ke Singapura dan merakamkan pengembaraannya di sana.
Sepanjang beliau berada di sana, beberapa video yang beliau terbitkan telah sedikit sebanyak menyinggung perasaan rakyat Singapura, malahan ia tempias ke negara kita juga, Malaysia.
Ini adalah kerana beliau yang memiliki pasport kerakyatan Israel tidak dibenarkan memasuki Malaysia, lantas merakamkan video mengenai Malaysia dikala beliau berada di Singapura. Boleh rujuk video di bawah.
https://www.facebook.com/nasdaily/videos/264259064411977/
Untuk menambah garam, beliau telah memuji taraf pemanduan rakyat Singapura adalah yang terbaik di dunia sedangkan kita tahu tara mana kualiti pemanduan rakyat sana apabila berada di Malaysia.
https://www.facebook.com/nasdaily/videos/300581157387000/
Beliau juga memuji Singapura kerana punyai pasport yang mampu memasuki paling banyak negara di dunia.
https://www.facebook.com/nasdaily/videos/1828565170530288/
Namun, pujian demi pujian yang diberikan kepada rakyat Singapura menjadi peluru yang menghentam diri beliau sendiri apabila salah satu daripada video yang beliau puji keluar bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
https://www.facebook.com/nasdaily/videos/486608898507368/
Video ini mendapat kecaman ramai kerana dipercayai Nas menerima bayaran dengan memberi tajuk “The Almost Perfect Country”.
Ramai dikalangan rakyat Singapura tidak bersetuju dengan pendapat Nas kerana beliau hanya datang ke negara tersebut sebagai pelancong dan bukannya penduduk yang menjalani kehidupan di sana.
Antara komen yang menghentam Nas adalah seperti berikut.
https://www.facebook.com/alfiansaat/posts/10155854670082371
Kartunis terkenal, Sonny Liew turut melakarkan karikatur Nas yang menyindir beliau terlalu positif dalam melontarkan pendapat terhadap Singapura.
Kecaman demi kecaman yang diterima oleh Nas, menyebabkan beliau hadir melontarkan komen yang menyindir rakyat Singapura kembali seperti berikut.
Apa pendapat anda? Adakah Nas seorang yang jujur berkata-kata dihadapan kamera atau adakah beliau hanya melakonkan watak demi menerima bayaran?
Sumber: The Independent