Google Maps Selesaikan Masalah Tentukan Nak Makan Mana

Bila makan di luar secara berkumpulan, benda paling susah nak decide tentulah bab makan. Betul tak? Ada yang nak makan di sana, ada yang makan di sini malahan ada juga yang tak kisah.

Kini, anda tidak perlu pening lagi kerana Google Maps sedia membantu. Google telah memperkenalkan fungsi undian di dalam Google Maps.

Anda hanya perlu tekan ikon kedai makan pilihan beberapa saat, kemudian akan ada bubble keluar membentuk kumpulan kedai makan. Kumpulan tersebut boleh dikongsikan kepada rakan untuk mereka membuat undian tempat makan terbaik mereka ingin pergi.

Pilih tempat makan

google maps

Kongsikan dengan rakan

google maps

Mula undi

google maps

Rakan yang anda kongsikan kumpulan tadi juga berkeupayaan untuk menambah pilihan restoran miliknya. Notifikasi tentang undian akan diberikan kepada anda sekiranya terdapa ada yang mengundi.

Macam mana? Mudah untuk tentukan tempat makan di mana kan? Kalau bawa kekasih, siap-siap pilih tiga lokasi, biar mereka pilih. Lagi mudah.

Sumber: Google