
Seorang lelaki membuat kekecohan di Lapangan Terbang Dublin selepas melompat melepasi kawalan keselamatan dan berlari meluru ke landasan kapal terbang untuk menaiki kapal terbang Ryanair yang bakal berlepas menuju Amsterdam.
Patrick Kehoe, 23 tiba di lapangan terbang selepas pintu berlepas telah ditutup. Beliau kemudiannya membuat kekecohan dengan pegawai yang bertugas.
A late passenger has been pinned to the ground by @DublinAirport police after running out of the terminal towards the plane pleading and shouting at the pilot to wait. 1/…@BBCNewsNI pic.twitter.com/TJL22qfNCt
— Declan Harvey (@NewsDeclan) September 27, 2018
Beliau berkeinginan untuk menaiki penerbangan tersebut dan menjerit kepada juruterbang supaya berhenti sebelum ditahan kawalan keselamatan lapangan terbang. Penerbangan tersebut tertunda selama 21 minit namun berjaya mendarat tepat pada masanya di Amsterdam.
Beliau menerima pertuduhan jenayah selepas merosakkan kunci pintu dan bakal didakwa di mahkamah daerah Dublin. Patrick kemudiannya bebas dengan ikat jamin berjumlah 200 Pound (RM1,080) dan diwajibkan hadir ke mahkamah November depan.
Sumber: BBC