
Baki makanan lebihan memang menjadi penyelamat ketika kita tak tahu nak makan apa. Hanya dengan semudah panaskan lauk semalam di dalam microwave, sudah cukup untuk mengenyangkan perut dengan segera.
Namun, memanaskan semula sesetengah makanan adalah tidak elok dan mampu memberi kesan sampingan kepada taraf kesihatan kita. Mari kita lihat makanan apa yang tidak patut dipanaskan semula.
1. Kentang

Tidak menjadi masalah memanaskan semula kentang di dalam microwave atau oven. Sekiranya kentang yang telah dimasakkan dibiarkan sejuk dalam suhu bilik untuk tempoh masa yang lama, bakteria yang menghasilkan botulisme bakal meracuni kentang tersebut.
Pemanasan semula bukan selalunya membunuh keseluruhan bakteria walaupun makanan itu kelihatan panas berasap. Untuk memastikan kentang berada dalam keadaan elok, simpan dahulu dalam peti sejuk selepas digunakan baru panaskan semula pada kemudian hari.
2. Cendawan

Cendawan mengandungi protein yang mampu merosakkan enzim dan bakteria jika tidak disimpan dengan rapi seperti mendedahkannya pada suhu bilik untuk tempoh masa panjang. Sekiranya dipanaskan semula, anda bakal mengalami sakit perut.
Sekiranya anda ingin memanaskan semula cendawan, pastikan ia dipanaskan pada suhu 70 darjah celcius.
3. Ayam

Sebenarnya tiada masalah untuk memanaskan semula ayam. Cuma anda perlu pastikan setiap bahagian ayam itu dipanaskan pada suhu 80 darjah celcius untuk memastikan bakteria mati. Periksa setiap bahagian ayam berada pada suhu tersebut menggunakan termometer masakan.
Tambahan daripada itu, anda perlu memastikan ayam yang telah dimasak disimpan pada suhu bawah 5 darjah celcius sekiranya anda bercadang untuk panaskan semula. Ayam yang telah dimasak lebih daripada 3 hari boleh dikategorikan sebagai tidak elok dan anda patut buangnya.
4. Telur

Jika telur dadar yang anda masak dibiarkan sejuk dalam tempoh masa singkat, tidak jadi masalah untuk panaskan ia semula. Namun, ianya adalah merbahaya sekiranya anda panaskan telur yang telah lama terdedah kepada udara.
Mengikut kajian, anda harus elak membiarkan telur terdedah selama lebih sejam terutamanya pada waktu cuaca panas. Bakteria seperti salmonella boleh membiak dengan pantas dan boleh memberi kesan keracunan makanan.
5. Nasi

Nasi boleh tercemar dengan kehadiran bakteria bernama Bacillus cereus. Bakteria ini sebenarnya boleh dihapuskan dengan mengenakan haba ke atas nasi. Namun, bakteria ini rupanya mampu menghasilkan spora yang beracun serta kalis haba.
Makan nasi yang telah dimasak dengan kadar segera tanpa membiarkannya terdedah selama berjam-jam pada suhu bilik. Jika anda ingin panaskan semula nasi tersebut, pastikan semua bahagian nasi dipanaskan. Antara cara yang terbaik ialah masukkan nasi ke dalam mangkuk, panaskan dengan microwave, keluarkan sebentar serta gaul nasi, panaskan kembali untuk kali kedua.
6. Susu ibu dan makanan bayi

Susu ibu dan makanan bayi mampu menyelerakan bayi anda, namun ia tidak sesuai untuk dipanaskan.
Pemanasan microwave berlaku dengan secara tidak sekata yang boleh menyebabkan kepanasan tersebut mencederakan mulut dan tekak bayi yang sensitif. Jika ingin panaskan juga, lakukannya dengan meletakkan di dalam mangkuk air yang dipanaskan di atas dapur.
7. Makanan laut

Makanan laut segar yang dibawa dari laut dan seterusnya dibekukan selamat untuk dipanaskan semula. Namun, seafood yang segar atau telah dimasak yang terdedah kepada suhu bilik bakal membiakkan bakteria lalu membawa kepada penyakit bawaan makanan. Memanaskan semula makanan laut mungkin tidak mematikan bakteria secara penuh, lagipun kita sukar untuk mengetahui keadaan seafood ini disimpan semasa membelinya ketika segar.
Makanan laut harus dibuang sekiranya tidak disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh masa lebih daripada satu hingga dua jam. Bakteria boleh membiak dengan pantas di atas seafood pada suhu sekitar 4 hingga 60 darjah celcius.
8. Bayam

Jarang rasanya ada orang yang gemar panaskan semula bayam. Walaubagaimana pun, ia tetap tidak elok untuk panaskan semula.
Nitrat yang terkandung dalam bayam mampu bertukar kepada nitrosamines apabila dipanaskan. Sesetengah nitrosamines adalah bersifat karsinogenik dan boleh memberi kesan kepada keupayaan badan mengangkut oksigen.
9. Makanan buffet

Lauk pauk dari buffet yang dibiarkan berjam-jam terdedah pada suhu bilik adalah lokasi mudahnya mikroorganisma merbahaya membiak.
Bakteria mudah membiak dengan pantas kepada makanan yang tidak disejukkan. Walaupun dipanaskan semula, ia belum tentu mampu menghapuskan keseluruhan bakteria dan kuman.
10. Makanan berminyak

Minyak yang berlainan mempunyai toleransi haba yang berlainan. Jika anda panaskan minyak melepasi paras selamat, ia mampu menghasilkan asap yang bertoksik.
Makanan yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi tidak digalakkan untuk dipanaskan semula di dalam microwave kerana haba yang tinggi mampu menyebabkan minyak bertukar kepada asap bertoksin.