Pepsi Bakal Perkenal Air Minuman Bergas Perisa Ganja

Selepas syarikat minuman bergas Coca Cola mengumumkan bakal menghasilkan air berperisa ganja, jenama minuman air Pepsi tidak ketinggalan untuk mengikuti jejak langkah persaingnya itu.

Ketua Pegawai Kewangan gergasi minuman bergas dan snek itu, Hugh Johnston, mengakui minat syarikatnya terhadapa penghasilan minuman berperisa ganja dalam satu wawancara dengan CNBC. “Kami akan meneliti perkara itu secara kritikal. Namun saya tidak bersedia berkongsi apa-apa rancangan yang kami ada buat masa kini,” kata Johnston.

Walaupun ganja masih diharamkan mengikut undang-undang persekutuan di seluruh Amerika Syarikat (AS), namun sesetengah negeri meluluskannya. Beliau berkata, syarikatnya akan melakukan segala yang mungkin untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Minuman dicampur ganja dilihat berpotensi berkembang untuk syarikat minuman bergas demi memenuhi permintaan pengguna selepas permintaan minuman air berakohol semakin berkurangan.