
Apa yang anda akan buat jika sedang enak menikmati makanan kegemaran di sebuah restoran dan menjumpai ‘bendasing’ yang menjijikkan? Putus terus selera kan.
Ini yang berlaku kepada seorang wanita di Shenzhen, China apabila menjumpai tuala wanita dalam makanan panas yang dipesannya di salah sebuah restoran di daerah itu.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menikmati set hidangan stimbot sebelum menjumpai sesuatu yang pelik yang disangkakannya daging, rupa-rupanya tuala wanita!!
Rentetan dari kejadian itu, wanita tersebut telah melaporkan kepada pengurus restoran, namun mereka menegaskan bahawa ‘bendasing’ tersebut sebenarnya adalah kertas pembalut daging.
Menerusi laporan Nextshark, wanita itu tetap menegaskan bahawa apa yang dijumpai dalam makanannya adalah tuala wanita dan tetap meminta pampasan sebanyak 1 juta yuan (RM600,000) sebagai ganti rugi.
Setelah rundingan kedua-dua pihak, akhirnya pihak restoran bersetuju untuk membayar pampasan tersebut iaitu sebanyak RM400,000 bagi tidak memanjangkan isu tersebut.
https://youtu.be/G2THZzAGTG4
Ingatkan kes ini sudah terhenti setakat itu. Namun, kejadian yang sama berulang dan tular sekali lagi apabila wanita tersebut telah menjumpai ‘bendasing’ yang sama iaitu tuala wanita di dalam mangkuk rebusan yang dipesannya di salah sebuah restoran stimbot rangkaian lain.
Daripada apa yang telah dikecohkan oleh wanita itu, rata-rata netizen mengecamnya dan menganggap wanita tersebut sengaja mencetuskan kontroversi dan mempunyai rancangan untuk mendapatkan wang pampasan dengan cara mudah.
Sumber: Nextshark