
Keju antara makanan yang tengah meningkat naik di Malaysia. Selain rasanya yang lazat, keju juga banyak dikombinasikan dengan makanan lan untuk menjadikannya satu inovasi baru. Antara makanan tempatan yang diletakkan keju adalah seperti pisang goreng, ayam goreng, nasi goreng dan pelbagai lagi makanan.
Oleh itu, kami ingin menyenaraikan tujuh jenis keju yang termahal di dunia.
1.Gorau Glas
Gorau Glas atau dikenali sebagai keju biru, ia dibuat dengan khusus di perternakan Caws Gorau Glas di Dwyran, Anglessy di United Kingdom. Keju paling mahal buatan UK ini anda boleh dapati di Margaret Davies dengan harga $40 (RM 160).
2.Beaufort D’ete
Beaufort D’ete merupakan keju yang paling mahal pernah dijual di New York, Amerika Syarikat. Keju gunung Perancis ini dijual dengan harga $44.99 (RM 186.29) sepotong.
3.Bitto
Keju Bitto atau juga dikenal dengan sebagai Formaggio Italiano adalah keju yang dihasilkan di Lembah Valteline di Lombardy, Itali. Rasa keju ini sangat dipengaruhi oleh kualiti rumput yang ditanam di sana. Keju ini juga hanya ada pada waktu tertentu iaitu pada musim panas sahaja. Ia dijual dengan harga $55 (RM 227.74). Dikatakan keju ini merupakan satu-satunya keju di dunia yang memerlukan sepuluh tahun untuk matang.
4.Keju Moose
Selalunya keju dihasilkan dengan susu kambing dan lembu tetapi tidak di Sweden kerana di sini mereka menghasilkan keju menggunakan susu rusa Moose. Keju Moose sangat mahal dan ia dijual dengan $500 (RM 2070) sepotong.
5. Caciocavallo Podolico
Ini merupakan keju paling popular di Itali. Keju ini memiliki bentuk sangat menarik seperti buah pear. Harga satu keju ini adalah $650 (RM 2691).
6.Keju Keldai
Salah satu keju yang termahal di dunia. Keju ini diperbuat daripada susu keldai yang berasal dari Balkan Cagar Alam Zasavica. Ia memerlukan sebanyak 25 liter untuk menghasilkan satu kilogram keju. Ia dijual sangat mahal dengan harga $700 (RM 2898.49).
7.Keju Emas (Keju Stilton)
Dikenali sebagai keju paling mahal di dunia disebabkan ia dicampurkan dengan serpihan emas yang asli. Untuk satu potongan keju ini ia dijual dengan harga $2064 (RM 8546).