Gunung Supotan Indonesia Meletus

Gunung Soputan di daerah Utara Sulawesi Indonesia di sini telah mengeluarkan asap dan debu yang mencapai empat kilometer jauhnya pada hari ini.

Menurut jurucakap agensi kawalan bencana kebangsaan, debu gunung berapi tersebut menuju ke arah barat dan utara dari kawah.

Hujan abu bakal melanda bahagian utara kawah dan pihak pegawai agensi bencana tempatan telah mengedarkan kepada penduduk tempatan.

https://youtu.be/8yhegxw5Z1U

Zon pengecualian telah diisytiharkan sejauh empat kilometer dari kawah dan dilanjutkan sehingga 6.5 kilometer di bahagian barat daya kawah.

Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran sungai di kawasan gunung berapai berkenaan telah diberi amaran agar lebih berhati-hati terutamanya ketika musim hujan kerana ditakuti larva sejuk mudah melalui sungai tersebut.

Sumber: BERNAMA