Tempat Sos McDonald’s Keluar Berengga Hidup

Seorang pelanggan McDonald’s terkejut apabila terlihat berengga hidup bergerak di dalam tempat tuang sos di cawangan Cambridge, England.

Bella Ritchie telah merakam kejadian sedemikian semasa beliau ingin mengeluarkan sos dari tempat tersebut.

https://twitter.com/bellaritchie00/status/1047524227165945856

Menurut kenyataan beliau, Ritchie telah memberitahu kepada staf di cawangan tersebut tentang keberadaan berengga di dalam tempat sos, namun staf tersebut tidak melayannya dan terus menghidangkan makanan kepada pelanggan lain.

Disebabkan itu, pihak McDonald’s cawangan tersebut telah membuat permohonan maaf dan ingin menghubungi Ritchie sendiri bagi menyelesaikan masalah yang telah berlaku.

McDonald’s turut berasa kesal kerana tempat sos tersebut patut diperiksa dan dibersihkan setiap hari dan memandang serius tentang isu ini.

Ini mungkin menjadi pengajaran kepada kita di Malaysia agar sentiasa memeriksa makanan yang bakal kita nikmati ketika berada di premis makanan di mana sahaja.

Sumber: International Business Times