Thai Cave Man: Duduk Gua, Namun ‘Pick Up Line’ Tahap Dewa

Chatupoom Losiri, 48 telah tinggal di kawasan gua bekas lombong timah berhampiran pantai di pulau Koh Phangan, Thailand.

https://www.facebook.com/156788408463114/photos/a.156796671795621/324797381662215/

 

Baru-baru ini beliau menggemparkan dunia internet Thailand apabila memaparkan gambar beliau bersama seorang gadis Rusia yang ditemui di kedai runcit.

Menariknya, gadis itu mengikuti lelaki gua tersebut pulang ke terataknya yang serba uzur itu.

https://www.facebook.com/156788408463114/photos/a.156796671795621/323312201810733/

 

Ayat yang beliau gunakan ialah,

“I was riding home but had to stop because of your beauty, I need to know if you’re beautiful on the inside as well.”

“Saya dalam perjalanan pulang tetapi terpaksa berhenti kerana kecantikan kamu, saya nak tahu sama ada dalaman kamu sama cantik”.

Amacam? Power tak?

Beberapa hari kemudian, beliau memaparkan gambar seorang wanita tidak berpakaian tidur di katil miliknya. Ini menjadikan penduduk tempatan tidak senang dengan kelakuan beliau lantas memanggil pihak polis.

Walau bagaimanapun, pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana Chatupoom tidak melakukan sebarang kesalahan. Malahan, wanita yang berada di gua beliau juga datang dengan sukarela.

https://www.facebook.com/156788408463114/photos/a.156796671795621/321657865309500/

 

Beliau tinggal di Koh Phanagan pada asalnya untuk bermain muzik, namun band beliau telah berpecah. Kini, beliau menjana pendapatan dengan membuat lukisan dan menjualnya kepada pelancong.

https://www.youtube.com/watch?v=Jj6Gu-ce_o8

Sumber: The Sun