
AirAsia memperkukuhkan hubungan antara Sabah dan Sarawak dengan memperkenalkan penerbangan empat kali seminggu dari Kuching ke Tawau bermula 2 Disember 2018.
AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan laluan terus yang menghubungkan ibu negeri Sarawak ke bandar ketiga terbesar di Sabah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat, AirAsia teruja untuk melancarkan laluan baharu dari hab Kuching yang semakin berkembang. Laluan Kuching-Tawau ini merupakan bukti komitmen mereka untuk terus meningkatkan hubungan di Sabah dan Sarawak, selain mengembangkan peluang ekonomi di kedua-dua buah bandar.
Kuching merupakah sebuah bandar yang tidak asing lagi bagi para pelancong, dan Tawau pula kini semakin popular sebagai pintu masuk ke tapak menyelam terbaik di dunia, terutamanya oleh pelancong dari China.
90 peratus daripada laluan Fly-Thru AirAsia ke Tawau adalah dari bandar-bandar di China dan 76 peratus daripada tetamu mereka yang melawat Tawau adalah dari China. Oleh itu, mereka percaya yang AirAsia boleh menarik lebih ramai tetamu menerusi laluan terus ini ke Kuching dan Tawau.
AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) kini terbang ke 13 destinasi dari Kuching ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, Bintulu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Shenzhen, Pontianak dan Singapura. Syarikat penerbangan tersebut juga terbang ke empat destinasi dari Tawau ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.
Untuk meraikan pelancaran laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua daripada RM79* sehala dari Kuching ke Tawau. Tambang promosi tersebut boleh didapati untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang hingga 14 Oktober 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 Disember 2018 dan 26 November 2019.
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
Sumber: Newsroom AirAsia