9 Kafe Starbucks Yang Di’Jepun’kan Dengan Indah

Cawangan Starbucks terdapat di serata dunia- dari timur ke barat, selatan ke utara. Di Jepun sahaja, terdapat 1,342 cawangan kafe Starbucks dan rakyat mereka sangat gemar mengunjunginya untuk menikmati kopi di sana.

Rupabentuk kafe Starbucks di Jepun seperti mana di Malaysia, tidak jauh berbeza. Namun ada beberapa kafe Starbucks yang rekabentuknya unik dan hanya wujud di Jepun. Mari kita saksikan bagaimana yang dikata unik sangat itu.

1. Nineizaka, Kyoto

 

View this post on Instagram

 

A post shared by じゅん (@juntan11) on May 20, 2018 at 7:41am PDT

Sekali pandang memang tak akan dikata Starbucks. Kafe ini diubahsuai dari sebuah rumah Jepun yang telah berusia lebih 100 tahun. Terletak berdekatan dengan kuil Kiyozomi, salah satu spot perlancongan terkenal di Kyoto menjadikan Starbucks ini sentiasa dipenuhi pengunjung.

Apa yang lebih menarik, setiap meja minum dialas tikar buluh yang dikenali sebagai tatami. Bolehlah minum kopi mahal bergaya Jepun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by I💚matcha(抹茶) (@i_matchacha) on Dec 10, 2017 at 3:22pm PST

2. Izumo Shrine, Shimane

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chu (@ikao_o) on Oct 1, 2017 at 5:12am PDT

Starbucks cawangan Izumo ini terletak betul-betul berhadapan kuil Izumo, antara kuil paling terkenal di Jepun. Dari tingkat dua kafe, boleh dilihat jelas pintu gerbang torii kuil Izumo. Bahkan hiasan dalaman Starbucks ini juga diinspirasikan dari kuil tersebut, dari kemasan siling, lampu hingga ke meja minum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Koichi Ito (@studio51.jp) on May 17, 2018 at 12:09am PDT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by スタバ馬鹿。 (@mickeycl) on Jul 11, 2015 at 7:28am PDT

Memandangkan Izumo terkenal dengan penghasilan batu akik, maka Starbucks ini menyediakan cenderamata unik untuk dibeli pengunjung iaitu ‘menou mug‘ atau cawan akik yang dicorakkan satu per satu oleh tukang khas. Ertinya, tidak mungkin ada 2 cawan yang sama coraknya! Harga jangan ditanyalah (sebab kami tak tahu).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JUN (@jun002300) on Nov 7, 2015 at 10:25pm PST

3. Kanetsuki Street, Kawagoe, Saitama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chiri (@blue0229sakura) on May 11, 2018 at 3:13am PDT

Daerah Kawagoe merupakan kawasan dibawah pemuliharaan khas bagi mengekalkan senibina tradisional di situ. Setiap bangunan baru yang dibina juga perlu mengikut rekabentuk tradisi. Maka ketika Starbucks Kanetsuki Street dibuka pada 19 Mac 2018 lepas, ia juga tidak terkecuali.

Di dalam kafe Starbucks ini, terdapat taman tradisi Jepun dan pengunjung boleh menikmati keindahan semula jadi yang turut berubah mengikut musim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🔱⚜️natz⚜️🔱 (@azc.t) on May 31, 2018 at 4:23pm PDT

Kerusi minum pula menggunakan ‘Kawagoe Tozan‘ iaitu sejenis fabrik khas yang dihasilkan oleh penduduk tempatan sejak dari era Edo (abad ke 17).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ShimizuShotaro (@goonie_shimizu) on May 6, 2018 at 7:38pm PDT

4. Kansui Park, Toyama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aiko i (@aikoaiko_i) on Jun 4, 2018 at 5:16am PDT

Ini adalah antara cawangan kafe Starbucks tercantik di dunia! Terletak di dalam taman menghijau indah sambil menghadap Fuga Canal. Kalian akan menikmati kopi sambil menyaksikan orang awam berjalan-jalan, beriadah, bercanda serta bergurau-senda (harap tiada adegan lebih dari itu).

Dari dalam, ia dikelilingi cermin kaca besar pada ketiga-tiga sisi dinding, dengan kerusi menghadap pemandangan indah. Ia ibarat menonton tanyangan perubahan musim sepanjang tahun di layar besar; Sakura berkembang di musim bunga, pertunjukan bunga api di musim panas, daun bertukar kemerahan di musim luruh serta keputihan salji di musim sejuk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 여행작가 홍유진/ 한달에 한도시 일본소도시여행 (@eujinnloves) on Jun 18, 2018 at 8:05am PDT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hitoshi Shimasaki (@dream_schna) on Apr 22, 2017 at 3:15pm PDT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by yuki (@yukiusagi1215) on Jun 4, 2018 at 10:17am PDT

5. Dazaifu Tenmangu, Fukuoka

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KEKORiN (@kekorin.7) on Jun 3, 2018 at 5:11am PDT

Starbucks ini terletak di tepi jalan menuju ke kuil Dazaifu Tenmangu, Fukuoka. Ia diilhamkan oleh arkitek ternama dunia, Kengo Kuma yang terkenal dengan penggunaan kekisi serta bahan-bahan semulajadi. Semuanya boleh dilihat jelas pada hiasan Starbucks cawangan ini. Yang lebih mengagumkan, 2,000 batang kayu digunakan untuk tatarias kafe ini, namun tiada sebutir paku pun digunakan! Hebat bukan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Allen Shih (@silverstone1027) on Jun 2, 2018 at 7:29pm PDT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Seira Seki (@seiraseki) on Jun 11, 2018 at 7:16am PDT

6. Kitano Ijinkan, Hyogo

 

View this post on Instagram

 

A post shared by yuka (@yuyumm__) on Jun 5, 2018 at 9:27am PDT

Bangunan ini adalah aset budaya penting di Hyogo. Rumah bergaya barat ini dibina pada tahun 1907 dan asalnya dimiliki oleh seorang rakyat Amerika. Pada masa itu, warga asing hanya dibenarkan tinggal di kawasan-kawasan tertentu sahaja dan Kitano Ijinkan adalah salah satu dari bangunan yang dibina di kawasan tersebut. Ia mengalami kerosakan teruk ketika gempa bumi besar pada tahun 1995 namun pihak Perbandaran Kobe telah menjaga serta membina kembali rumah ini pada tahun 2001. Pada 2009, ia dibuka semula sebagai kafe Starbucks.

Untuk mengekalkan keaslian rekabentuk asal, maka terdapatlah ruang-ruang seperti rumah dalam kafe ini seperti ruang tamu, ruang makan dan sebagainya. Juga dilengkapi dengan peralatan rumah lama. Mesin taip pun ada, beb!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by eri (@10_0291) on Jun 5, 2018 at 2:11am PDT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HEARTY_FUN (@hearty95_coffee) on Jun 4, 2018 at 9:10am PDT

7. Sanjo Ohashi, Kyoto

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nejimi (@nejimi) on May 18, 2018 at 4:43pm PDT

Starbucks Sanjo Ohashi terletak di tepian sungai Kamo. Dah kata tepi sungai, permandangannya pastilah indah. Pada musim panas, mereka ada sediakan ruang minum terbuka yang dipanggil ‘Noryo-Yuka‘ supaya pengunjung dapat menikmati kesegaran udara dari sungai tersebut. Sebelah malam pula, memang sesuai sangat untuk melepak minum dalam suasana begitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacie (@staciechan) on Jun 3, 2018 at 4:58am PDT

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 예 진, Jenny (@yejin2us) on Jun 2, 2018 at 2:23am PDT

8. Senganen, Kagoshima

 

View this post on Instagram

 

A post shared by りんごママ (@appleiko) on Jan 8, 2018 at 1:25pm PST

Terletak berhampiran dengan Tapak Warisan Dunia, Senganen, Starbucks ini diubahsuai dari Pejabat Perlombongan Emas Keluarga Shimazu, Serigano. Asalnya pejabat ini dibina pada tahun 1904 di sebelah barat laut wilayah itu, tetapi kemudiannya dibawa ke lokasi sekarang pada tahun 1986. Lambang silang dalam bulatan pada bawah atap itu merupakan simbol keluarga Shimazu.

Hiasan dalaman kafe ini menggunakan produk keluaran tempatan seperti meja yang diperbuat dari kayu-kayan asal Kagoshima. Juga dipamerkan gambar-gambar sejarah wilayah Kagoshima serta sejarah pembuatan kopi. Sambil minum, anda juga boleh melihat keindahan gunung berapi Sakurazima.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naomi (@naomi.matsuoka) on Jan 12, 2018 at 12:10pm PST

 

View this post on Instagram

 

A post shared by りんごママ (@appleiko) on Jan 9, 2018 at 1:11pm PST

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @maki_tegetege on Jan 8, 2018 at 5:33pm PST

9. Hirosaki Park, Aomori

 

View this post on Instagram

 

A post shared by かたふく (@ccinocafe1234) on Oct 22, 2017 at 5:12am PDT

Ini sebuah lagi kafe Starbucks yang diubahsuai dari bangunan lama. Asalnya merupakan pejabat tentera, kemudiannya dijual dan dijadikan balai raya. Pada tahun 2003, ia didaftarkan sebagai aset kebudayaan dan entah macam mana pada ahun 2015, jadi Starbucks! Bagero betul!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CHIE (@lltomatoll) on Oct 16, 2017 at 8:45am PDT

Terletak di bandar Hirosaki yang merupakan bandar terkenal dengan kecantikan bunga Sakura. Saban tahun, ia akan dipenuhi oleh pengunjung serata dunia. Pada musim sejuk pula bandar ini sentiasa dituruni salji tebal dan menjadikan Starbucks ini lebih terserlah akan kecantikannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hollyhock818 (@8hollyhock18) on Dec 14, 2016 at 4:57am PST

Macamana? Menarik bukan cawangan-cawangan Starbucks Jepun ini? Jika setuju dengan kami, kongsilah dengan rakan-rakan. Mereka pun nak tahu juga. Sambil-sambil tu bolehlah kita mula mengharap Starbucks dengan rekabentuk Minangkabau di Seremban nanti, kan?

Sumber : japadventure.com