Lepas Langgar Tembok, Pesawat Selamba Teruskan Penerbangan

Dua orang juruterbang Syarikat Air India telah digantung tugas kerana pesawat yang membawa 136 penumpang yang dikemudi oleh mereka melanggar tembok lapangan terbang ketika berlepas tetapi tetap meneruskan penerbangan selama empat jam meskipun terdapat kerosakan pada bahagian badan pesawat.

Dikatakan pesawat Boeing 737 itu berlepas dari lapangan terbang Trichy, selatan India menuju ke Dubai.

Menurut pegawai lapangan terbang, pelanggaran tembok oleh pesawat berkenaan telah dimaklumkan kepada kedua-dua juruterbang. Namun, kedua-duanya melaporkan kembali kepada pusat kawalan bahawa sistem pesawat beroperasi seperti biasa.

Ia kemudian diputuskan untuk mengubah haluan pesawat ke Mumbai demi langkah keselamatan. Pesawat berkenaan berjaya mendarat di Mumbai selepas empat jam penerbangan.

Beberapa gambar dalam pesawat rosak itu menjadi tular di media sosial selepas ia selamat melakukan pendaratan.

air india
Kredit: BBC News

Kira-kira 130 penumpang pesawat itu kemudian dipindahkan ke pesawat baru untuk ke Dubai.

Air India memberitahu, dua juruterbang itu telah digugurkan daripada senarai tugas dan insiden itu dilaporkan kepada Direktorat Umum Penerbangan Awam untuk siasatan lanjut.