
Siapa je yang tidak pernah ke Secret Recipe untuk mendapatkan kek yang berkrim, lazat menjilat jari tu bukan? Kek nya yang terkenal seperti Chocolate Indulgence, Chocolate Banana, dan kek cheese yang pelbagai telah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Bukan sahaja selalu dibeli untuk menyambut hari lahir orang tersayang, malah ramai sahaja yang pergi ke Secret Recipe hanya untuk memuaskan craving masing – masing.
Siapa yang rasa – rasa dah lama tidak ke Secret Recipe untuk menikmati kek yang berkrim ini, bulan Oktober ini lah masanya! Sempena ulang tahun Secret Recipe yang ke-21, mereka menawarkan promosi yang istimewa pada bulan ini. Beli sahaja 3 potong kek dan dapatkan potongan kek yang keempat secara PERCUMA!
Wahh, dapat satu lagi potongan kek percuma? Syok tu. Lagi syok bila anda yang nak beli banyak potongan kek untuk membentuk satu whole cake. Daripada beli satu kek yang besar tapi hanya ada satu perisa, lebih baik anda beli banyak – banyak potongan. Dapat lah merasa perisa kek Secret Recipe yang pelbagai.
Tambahan pula, Secret Recipe juga baru sahaja perkenalkan kek terbaharu mereka iaitu Chocolate Strawberry yang begitu kaya dengan coklat Belgium dengan lapisan strawberry, kek span coklat dan krim. Anda pasti suka!
Promosi ini hanya sah pada setiap hari Rabu dalam bulan Oktober ini sahaja tau. Jadi, jom ramai – ramai serbu cawangan Secret Recipe yang berdekatan untuk menikmati promosi ini! Di bawah, kami sertakan terma dan syarat untuk promosi yang ditawarkan.
Terma dan syarat:
- Sah untuk makan di restoran atau bawa pulang, setiap hari Rabu dalam bulan Oktober, sementara stok masih ada.
- Potongan kek percuma mesti pada nilai sama atau lebih rendah.
- Tidak sah untuk kek segi empat, Chocolate Lava dan Brownies.
- Sah di semua cawangan di Malaysia kecuali Sarawak, KTIA, Subang Skypark, PPUM, Medini Mall, – Aeon Mall Taiping dan Kuching International Airport.
- Tidak sah dengan mana-mana promosi, diskaun bank, set hidangan dan tawaran lain.
- Pihak pengurusan berhak meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
Sumber: Secret Recipe Malaysia