Ingat Nak Malukan Pelanggan, Sekali Kena Plot Twist Hentam Diri Sendiri

Sering juga kita dengar tentang kes penipuan order atau tempahan ke atas beberapa peniaga tak kira perniagaan kecil atau besar. Modus operandi yang biasa dikenakan terhadap mereka adalah dengan membuat tempahan melalui panggilan telefon atau menggunakan aplikasi WhatsApp dalam kuantiti yang besar dan memberi keyakinan terhadap peniaga yang pelanggan mampu membayar tempahan tersebut.

Sama juga dengan kes yang berlaku dengan sebuah premis makanan yang terletak di Deli Muara Ikan Bakar, Melaka. Pihak peniaga telah menerima tempahan daripada seorang pelanggan, namun pelanggan gagal hadir.

Akibat marah dengan tindakan pelanggan tersebut, pihak Deli Muara Ikan Bakar telah memuat naik status memohon agar pelaku dimalukan dengan memaparkan segala bentuk privasi milik pelanggan. Namun, tindakan tuan kedai telah menerima feedback negatif daripada netizen apabila menyalahkan tuan kedai yang gagal berkomunikasi dengan pelanggan secara baik.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1862532497133356&id=161466233906666/

 

Berdasarkan perbualan WhatsApp dan panggilan telefon yang ditulis di dalam status di atas, ramai netizen beranggapan pihak tuan kedai sendiri tidak membuat proses ‘close sales’ seperti menyatakan sebut harga dan membuat pembayaran secara deposit.

Plot twist berlaku apabila pihak pelanggan, Syukri Tahir dengan menggunakan akaun Facebook Suriatahir Suria membuat Live di Facebook membidas kenyataan tuan kedai.

https://www.facebook.com/100009483270482/videos/2183972395262182/

 

Apa pandangan anda? Bagi kami pihak tuan kedai yang mempunyai masalah komunikasi kerana tidak melakukan proses saringan terhadap pelanggannya. Sebutharga harus diberikan sebelum menerima tempahan. Untuk tempahan dalam kuantiti yang banyak, perlu untuk mengambil deposit agar tidak mudah ditipu oleh pelanggan.

Moga ini menjadi pengajaran bagi kita semua agar lebih berhati-hati ketika membuat urusan seharian.