
Dua pemburu persendirian pesawat malang Malaysia Airlines, MH370 dihalang masuk ke lokasi yang dipercayai tempat terhempasnya kapal terbang tersebut di Kemboja. Dikatakan mereka menemui imej pesawat berada di tengah-tengah hutan Kemboja menggunakan aplikasi Google Maps.
https://www.youtube.com/watch?v=i365z2q_J_g
Produser video dari Britain, Ian Wilson dan adiknya, Jack telah tiba di ibu negara Kemboja, Phnom Penh untuk meneruskan hasrat pencarian mereka itu.
Perjalanan mereka telah dihalang oleh pihak berkuasa tempatan kerana lokasi yang dinyatakan dikelilingi dengan pembalak haram bersenjata yang juga melakukan aktiviti pengedaran dadah. Mereka juga telah diberi amaran bahawa bentuk muka bumi di antara air terjun Chrok La Eang amat merbahaya.
Untuk rekod, penerbangan MH370 telah dijadualkan bertolak dari Kuala Lumpur menunju Beijing namun dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 dengan membawa 227 orang penumpang dan 12 orang anak kapal.
Upah carian pesawat ini kini berada pada nilai $57 Juta.
Sumber: Mirror