
Premis sate tulang belakang restoran sate Haji Samuri di Senawang telah diarah menutup operasi selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) kerana didapati amat kotor.
Premis berkenaan telah tidak mengikut standard kebersihan dan tidak menjaga kualiti penyediaan makanan serta melanngar Akta Makanan 1983 dan didapati sangat tidak bersih.
Menurut Pengarah JKNS, Dr Zainuddin Mohd Ali, pihak mereka melakukan serbuan selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai terhadap premis yang menjijikkan itu.
Pengusaha premis juga melanggar beberapa undang asas seperti pengendali makanan tidak menerima suntikan tifoid, peralatan makanan yang kotor dan amalan penyediaan makanan yang tidak bersih.
Sumber: Sinar Harian