Adibah Noor, Nurul Wahab: “Grab Lagi Elok Dari Teksi”

Beberapa hari ini kita sering mendengar keluhan pemandu teksi membuat bantahan terhadap perkhidmatan e-hailing yang sedang berkembang di negara ini contohnya seperti Grab. Sehinggakan mereka tidak menghormati kedudukan pegawai tertinggi kerajaan iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Banyak faktor yang menyebabkan berlaku penolakan penggunaan perkhidmatan teksi, namun yang jelas digambarkan oleh semua pihak ialah sikap pemandu teksi sendiri yang tidak menghormati penumpang dan juga keengganan mereka untuk menggunakan meter perjalanan.

Hal ini juga turut diulas oleh dua orang selebriti tanah air.

Nurul Wahab, penyanyi yang tidak asing lagi mempunyai seorang suami usahawan ekspatriat, Eric Depp yang sering disalah anggap sebagai pelancong di negara kita ini oleh pemandu teksi. Menurut beliau, suaminya sering terjumpa dengan pemandu teksi yang tidak mahu menggunakan meter ketika berada di kawasan sekitar rumahnya, Bukit Ceylon.

https://twitter.com/NurulWHB/status/1053995986912075782

Tambahan beliau lagi, teksi mengenakan tambang sebanyak RM30 dari Suria KLCC menuju Bukit Ceylon. Dari Bukit Bintang ke Jalan Ceylon, RM15. Kedua-duanya tidak menggunakan meter. Bahkan pemandu memarahi mereka apabila diarah menggunakan meter.

Lagi: Diskaun RM15 Untuk Pembelian Durian Dengan GrabPay

Hal ini juga turut berlaku kepada Adibah Noor ketika beliau berada di Kota Kinabalu.

Beliau mempunyai pilihan perjalanan dari Sutra Harbour Hotel ke Imago Mall. Dalam aplikasi Grab tertera kos perjalanan hanyalah RM4, untuk teksi pula beliau dikenakan RM15.

Adibah menyatakan kepada pemandu teksi tersebut bahawa beliau akan menaiki Grab sekiranya pemandu teksi tersebut tidak mahu menggunakan meter. Pemandu tersebut kekal tidak mahu menggunakan meter dan menolak tawaran Adibah dengan hormat.

Adibah turut menyatakan bahawa beliau bersimpati dengan pemandu teksi yang baik.