Starbucks Amerika Buka Cawangan Guna Bahasa Isyarat

Starbucks Amerika Syarikat telah membuat satu cawangannya yang mesra pengguna bahasa isyarat di Washington DC di mana pekerja di sana amat fasih dalam penggunaan bahasa isyarat Amerika.

Cawangan ini dibuka berhampiran dengan Gallaudet University di mana institut pengajian tinggi ini menyediakan peluang bagi pelajar yang mempunyai kekurangan pendengaran atau pekak.

starbucks washington pekak

Reka bentuknya memang mesra pengguna yang kurang pendengaran dengan mural lambang bahasa isyarat di dinding dan juga ruang khas bagi mereka yang punyai masalah tersebut.

starbucks washington pekak

Mereka juga meraikan kehadiran pekerja yang punyai masalah pendengaran dengan memberi apron bewarna hijau yang dibuat oleh pembekal yang punyai masalah tersebut juga. Di atas apron tersebut terpapar tanda bahasa isyarat “Starbucks” dan dipakaikan kepada pekerja yang alami masalah pendengaran.

Bagi pekerja yang normal, mereka diberikan apron yang biasa dipakai oleh setiap cawangan beserta pin tertulis “I Sign” di atasnya.

starbucks washington pekak

Walaupun rangkaian kedai kopi ini dibina khas untuk mereka yang alami masalah pendengaran, ia masih mesra kepada pengguna normal untuk menikmati kopi di kedai tersebut sambil mempelajari bahasa isyarat.

Pelanggan yang tidak biasa dengan bahasa isyarat akan diberikan nota pad digital dan juga sebuah konsol untuk berkomunikasi dengan pekerja.

starbucks washington pekak

Bagi anda yang tidak tahu, sebenarnya Malaysia adalah negara pertama yang telah memperkenalkan sistem meraikan pekerja daripada kalangan kurang upaya di Bangsar pada tahun 2016 lagi.

Sumber: Independent