Cara Mudah Dan Berkesan Halau Kutu Beras

Siapa yang tidak geram dan sakit hati bila buka sahaja bekas beras, bukan hanya seekor kutu beras malah bilangannya bagaikan sekampung dalam beras.

Masalah sebegini kerap dialami oleh suri rumah. Berhadapan dengan ‘kutu beras’ adalah hal yang menjengkelkan dan mampu spoil mood untuk masak.

Halau kutu beras

Tidak mungkin untuk membuang satu bekas beras hanya disebabkan kutu beras. Daripada membazir, lebih baik amalkan petua ini untuk mengatasi kehadiran kutu beras. Petua ini bukan sahaja mudah dan berkesan malah selamat digunakan. Semoga bermanfaat.

6 Cara Mudah Dan Berkesan Halau Kutu Beras

1. Letakkan beras yang dipenuhi kutu beras dalam satu dulang, kemudian jemurkan di tengah panas. Keadaan cuaca yang panas akan menyebabkan kutu beras lari.

2. Ambil beberapa cili kering dan letakkan ke dalam bekas beras. Sifat cili kering yang panas dapat menghalau kutu beras.

3. Sifat bawang putih yang berbau kuat, mampu menghilangkan kutu beras. Ini disebabkan kutu beras tidak suka kepada bau-bauan.

Lagi: Makan Telur Hancur, 53 Pelajar Keracunan

4. Gunakan daun pudina yang kering, kemudian kisar sehingga menjadi serbuk. Setelah itu, masukkan serbuk tadi ke dalam uncang. Letakkan uncang ke dalam bekas beras. Cara ini dapat menghalau kutu beras.

5. Bau daun limau purut yang wangi, dapat menghilangkan kutu beras. Ambil beberapa helai daun limau purut, kemudian letakkan ke dalam bekas beras.

6. Bau kulit kayu manis juga dapat menghilangkan kulit kayu manis juga dapat menghilangkan kutu beras. Ambil sebatang dua kulit kayu manis, kemudian letakkan ke dalam bekas beras.

Sumber: Sinar Harian