Makan Coklat ‘Tahan Lama’ Jadi Pelaris

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang telah merampas makanan tambahan pada serbuan yang mereka jalankan di Bukit Mertajam.

Antara makanan tambahan yang kami rasakan ‘win‘ terjual di kedai pemborong barangan kosmetik di sini adalah sekotak coklat berharga RM100 yang mampu merawat penyakit kronik dan juga menguatkan tenaga batin.

Penipuan yang dijalankan oleh peniaga tersebut boleh memberi kemudaratan kepada para pengguna dan antara risiko yang bakal mereka hadapi adalah seperti mengalami penyakit kerosakan buah pinggang.

Dakwaan yang dibuat oleh peniaga ternyata tidak diterima kerana menggunakan label palsu dan tidak memiliki alamat pengimport.

Daripada rampasan tersebut, didapati sejumlah 73 kotak, sembilan botol dan dua tin makanan kesihatan mempunyai kesalahan yang disebut.

Kepada pembaca MakanLena, kami harap anda tidak mudah terpedaya dengan taktik peniaga yang overclaim dengan keberkesanan produk yang dipasarkan kerana mereka hanya ingin melariskan produk mereka semata-mata.

Sumber: Berita Harian