
Pelakon terkenal tanah air, Nad Zainal sanggup meninggalkan tabiat kurang sihat beliau demi menjaga kesihatan diri. Sebelum ini, beliau tidak terlalu memikirkan tentang kesan pengambilan minuman berkarbonat, namun demi menjaga penampilan diri, beliau tekad meninggalkan hidangan tersebut.
Pelakon dengan nama asal Farah Nadia Zainal Abidin menyatakan bahawa beliau amat meminati minuman berkarbonat sejak dari zaman remaja lagi. Beliau langsung tidak kisah untuk menjaga diri daripada meminum minuman tersebut.
Apabila sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata, beliau mula sedar akan kepentingan menjaga diri daripada mengamalkan minuman yang tinggi dengan kandungan gula tersebut.
Dulu, beliau kerap mengalami masalah kulit terutamanya pada wajah yang sering berjerawat. Namun, perlahan-lahan beliau mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat tersebut lalu sedikit demi sedikit beliau dapat melihat perubahan yang ketara pada struktur kulit beliau.
Tidak hanya itu, beliau juga mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, telur dan coklat. Daripada inisiatif ini, kulit wajah beliau semakin baik, lantas tidak perlu mengeluarkan belanja besar demi kosmetik.
Nad Zainal mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin, 29 pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Berita Hairan