Sikit Lagi Nak Kena Sedut Enjin Pesawat Kerana Buka Pintu

Seorang lelaki bertindak membuka pintu kabin sebuah pesawat sebelum penerbangannya berlepas dari Cancun, Mexico ke St Louis, Misouri, Amerika Syarikat.

Tindakan Tommy Gray itu mengundak panik penumpang lain apabila beliau nyaris disedut ke dalam enjin pesawat ketika ia sedang bersedia untuk berlepas. Gelongsor kecemasan pesawat turut diaktifkan ketika pintu itu dibuka.

Penumpang mendakwa, Gray sebelum itu berlari ke arah kokpit sambil mengetuk pintu.

Kru kabin cuba menenangkannya hingga dia kembali ke tempat duduk namun selepas itu dia bangun dan membuka pintu kabin.

Keadaan itu mencetuskan suasana cemas apabila penumpang lain serta kru kabin cuba menahan lelaki terbabit disedut keluar.

https://www.dailymail.co.uk/news/article-6321849/Panicking-plane-passenger-sucked-jet-engine-opens-cabin-door-off.html#v-5784872502503227651

Mujurlah lelaki dan wanita berani yang menahannya di dalam pesawat, jika tidak dia pasti disedut ke dalam enjin.

Gray kemudiannya dibawa keluar dari pesawat itu dan dibawa ke hospital.

Sumber: Mail Online