Penerbangan Pesawat MH190 Ditunda 15 Jam

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke New Delhi terpaksa dijadualkan semula kerana mengalami masalah teknikal yang melibatkan pesawat.

MAS tunda
Sumber: Suara TV

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan MH190 yang dijadual berlepas jam 6.50 petang telah ditunda kepada 11 pagi pada keesokannya atas sebab-sebab keselamatan.

Menurutnya lagi, walaupun kesal dengan kelewatan yang berlaku, keselamatan kru dan penumpang tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.

Penerbangan itu dijangka tiba di New Delhi pada jam 2 petang pada hari yang sama.

MAS tunda
Sumber: New Straits Times

Walaupun ada beberapa penumpang menyatakan rasa tidak puas hati atas kelewatan yang berlaku, syarikat penerbangan itu tetap mengambil inisiatif memberikan keutamaan keselamatan kepada para penumpang dan kru berikutan insiden yang dialami pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas baru-baru ini.

Penumpang penerbangan yang terbabit diberikan bilik penginapan, makanan dan pengangkutan ke hotel yang berkenaan.

Sumber: Berita Harian