Unik! Meniaga Cendol Gaya Klasik

Peniaga cendol di Tanah Merah, Hasbullah Mohd Nawi, menjadi tumpuan orang ramai menggunakan basikal antik yang telah diubah suai. Ideanya yang unik ini membantu dalam menjana pendapatan sampingan.

cendol klasik
Sumber: ProjekMM

Merupakan peminat barangan antik, beliau ingin mengembalikan nostalgia sekitar tahun 70an dan 80an yang ketika itu cendol dijual dengan menggunakan basikal. Malahan, beliau juga menggunakan air batu tongkol yang dikisar menggunakan pengisar air batu secara tradisional.

Sebagai pengumpul tegar barangan antik, beliau membeli basikal antik itu di England ketika merantau mencari barangan antik di luar negara. Di gerainya juga, turut dihiasi dengan vespa serta basikal roda tiga buatan England sebagai daya tarikan gerai tersebut yang dibuka pada sewal jam 10 pagi hingga 5 petang.

Hasrat beliau yang ingin memperkenalkan barangan antik ini bertujuan untuk dipertonton kepada generasi baru supaya mereka mengenali budaya masyarakat dahulu. Beliau juga berhasrat ingin mewujudkan koleksi barangan antik digerainya dan berkongsi pandangan dan pendapat bersama peminat barangan antik.

cendol klasik
Sumber: FB Mohd Hasbullah Mohd Nawi

Harga bagi semangkuk cendol di gerai yang turut dikenali sebagai Single Dad Cendol ini bermula dengan RM2, tambah 50 sen untuk tambahan jagung dan kacang serta RM3 untuk hidangan istimewa bersama pulut, tapai, jagung dan kacang. Dengan slogan “Tak Keno Takpo Keno Rindu” pasti akan menjadi tarikan kepada pelanggan yang datang ke gerai cendol ini.

Semak laman media sosial FB Mohd Hasbullah Mohd Nawi untuk maklumat lanjut.

Sumber: Sinar Harian