Cawangan Baru Texas Chicken Sungai Petani Dibuka 24 Jam

Texas Chicken Malaysia telah memulakan operasinya di Stesen Caltex, Sungai Petani bermula 1 November 2018. Cawangan ini merupakan yang ketiga yang terdapat di Kedah selain daripada di Alor Setar dan Kulim.

Texas Chicken

Sekiranya anda mengidam untuk makan ayam Texas, anda bolehlah mengunjungi cawangan Texas ini pada bila-bila masa kerana waktu operasinya adalah 24 jam berbeza dengan cawangan lain di negeri Kedah yang hanya dibuka pada 10 pagi sehingga 11 malam.

Lokasi: Lot 7880, Jalan Bakar Sampah, Taman Ria Jaya, 08000, Sungai Petani, Kedah

Sumber: Facebook, Texas Chicken Malaysia